WINGS BERKEPAK LAGI DALAM RAMADAN KALI INI

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – Mengotakan janji mereka mahu berehat panjang selepas menunaikan umrah di Makkah pada November lalu, kumpulan rock legenda Wings kini kembali mengembangkan sayap mereka untuk kemunculan pertama tahun ini.

Mengulangi tradisi yang sering dilakukan setiapkali Ramadan, Datuk Awie (Vokalis) bersama anggota Wings iaitu Syam (gitar), Edrie (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) bakal tampil menerusi Showcase Semarakkan Malam Cinta Ramadan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur pada 8 April 2023 ini.

Datuk Awie berkata, Wings sangat gembira apabila program berbentuk positif yang dianjurkan saban tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dari peminat setia mereka. “Mereka ternyata tertarik dan suka dengan konsep yang ditampilkan kami menerusi showcase ini kerana ada pengisian tersendiri.

“Malah ada yang pernah menyaksikan persembahan tahun-tahun sebelumnya, setia menanti persembahan untuk tahun ini pula.

Manakala kami pula, yang berehat sejak Januari lalu, tidak sabar untuk bertemu peminat dalam showcase yang boleh dikatakan sebagai ‘pemanas enjin’ untuk 2023,” katanya.

Sudah tentu Wings menyusun jadual seni yang padat selepas Aidilfitri untuk menyamai atau mungkin lebih lagi seperti yang diraih seperti tahun lalu.

Inilah limpahan rezeki yang disangka hasil kurniaan yang Maha Esa selepas lebih dua (2) tahun mereka berehat disebabkan pandemik Covid-19.

Datuk Awie berkata, biarpun menyampaikan lagu-lagu berkonsep dakwah, Wings tetap menjanjikan persembahan yang mantap dan menghiburkan untuk semua yang hadir nanti.

“Lagu-lagunya bersempena bulan Ramadan tapi kami tidak akan berkompromi tentang soal kualiti persembahan.

“Sudah tentunya ia berbaloi dengan wang ringgit yang dikeluarkan mereka untuk menyaksikan persembahan istimewa ini.

Mereka dapat berbuka puasa, beribadah dan seterusnya santai-santai menikmati persembahan yang kami bawakan,” katanya.

Selain lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian bagi mengambil keberkatan bulan suci Ramadan, Wings turut akan membawakan lagu raya dan beberapa lagu hits Wings sebagai bonus.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Showcase Semarakkan Malam Cinta Ramadan anjuran HS Event & Ent Sdn Bhd ini dibahagikan mengikut kategori tertentu iaitu Table VVIP — RM15,000 untuk satu (1) meja memuatkan 10 orang, 

Table VIP RM12,000, Table Platinum RM8,000, Table Gold RM6,000 dan Table Silver RM4,000. 

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Zul S2W (019-2888092), Ayob Abdul Majid (019-3682548), Hatta (018-2239934), Shasha (011-33000017), Azrin (019-4944451), Pak Abu (0193721756).  – eWana News

Show Buttons
Hide Buttons