WARUNG LEBAI DOLLAH SINONIM DENGAN CSR

Spread the love

Shah Alam 7 April 2022 – Sebuah program meraikan anak-anak yatim dari 2 rumah pengasih telah pun berlansung di Warung Lebai Dollah di seksyen 13 dekat sini. Program ini diisi dengan jamuan makanan, pengagihan duit raya dan memberi persembahan live busking dengan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan.

Menurut xxxx selaku pemilik restoran ini ‘Program ini dijalankan secara kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat dan Warung Lebai Dollah bertindak sebagai perantara yang mempertemukan antara Rumah Pengasih dan juga syarikat-syarikat korporat dan sekaligus menjadikan Warung Lebai Dollah sebagai lokasi jamuan dan tempat menyantuni anak-anak yatim.

Kebetulan di bulan Ramadhan kali ini kami tidak melepaskan peluang untuk merealisasikan perancangan ini dengan menganjurkan majlis pada hari ini dengan menjemput anak-anak yatim dari Rumah Kasih Sayang Rawang dan Pusat Jagaan Cahaya Subang untuk diraikan. Mereka dijamu makanan tradisional Melayu sebagai juadah berbuka puasa dan seterusnya setiap anak-anak syurga ini turut diberi ‘Duit Raya’ sebagai menggembirakan mereka.

WARUNG LEBAI DOLLAH

Istimewanya Warung ini selain menyediakan masakan tradisi, kami juga menyediakan ‘TAPAU’ kepada mereka yang berhajat untuk bawa pulang makanan ke rumah. Ini jarang diadakan oleh mana-mana restoran dan ia menjadi keistimewaan di sini. Selain menyediakan pelbagai menu dengan tempahan per orang hanya RM37 kami juga bakal menyediakan permainan tradisional sebagai hiburan santai anak-anak tetamu kami setiap hari bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah di hari-hari biasa juga.

“Mereka berniaga bukan kerana nak kaya!” bisik Tuan Salimy yang juga bertindak sebagai ‘Pegawai Pemasaran’ dalam bersama-sama membantu memperkenalkan Warung ini kepada masyarakat Shah Alam dan sekitar.

TAPAU CORNER

Istimewanya Warung Lebai Dollah ini juga ialah ‘Tapau Corner’ yang membenarkan pelanggan untuk membungkus makanan untuk dibawa pulang. Ianya seperti satu kerugian bagi penjual seperti mereka, tetapi tidak bagi Warung ini, bahkan mereka berbangga menyediakan servis yang jarang dibuat oleh kedai-kedai makan lain.

Niat yang baik ini patut dicontohi ramai peniaga agar mementingkan keikhlasan dalam perniagaan dan semoga usaha ini bakal menggembirakan seluruh pelanggan dan masyarakat awam terutamanya asnaf-asnaf yang berdekatan. – eWana News

Untuk berita-berita lain sila layari https://news.ewana.asia

Show Buttons
Hide Buttons