WAMO NSG ENTERPRISE LANCAR 3 ARTIS SEKALIGUS
Kehadiran Syarikat Rakaman Muzik bak cendawan tumbuh tidak menghalang Wamo Nsg Enterprise yang berpengkalan di Pandan Indah, Selangor untuk mengasah bakat-bakat baru yang berkualiti untuk diketengahkan. Selepas ketengahkan artis muda Faysal Saad pada awal Januari, 2023 lalu, kini Wamo Nsg sekali lagi menampilkan tiga (3) artis dibawah naungan mereka untuk bersaing serta memeriahkan industri hiburan tanah air.

Wamo Nsg kali ini mempertaruhkan Kumpulan Hip Hop Urban Aubade dengan lagu terbaru mereka Realiti Nyata, Kumpulan Pelawak Bueh dan penyanyi solo Rif dengan single pertama masing bertajuk Tepuk Amai-Amai dan Memori. Pemilihan mereka pada kali ini adalah untuk menunjukkan Wamo Nsg mempunyai pelbagai pilihan penyanyi yang baik dan genre yang berlainan untuk halwa telinga peminat hiburan masa kini.
Realiti Nyata merupakan single kelima dari Urban Aubade berkonsepkan ketuhanan adalah kesinambungan single terdahulu Satu-satunya, Realiti Nyata adalah ciptaan dan lirik sepenuhnya Urban Aubade sendiri mengisahkan tentang realiti kehidupan seseorang yang tidak mampu lagi mengejar impian demi kelangsungan hidup. Penceritaan lagu ini adalah tentang mereka sendiri dan cara mereka menangani perasaan reality kehidupan tidak semanis impian

Pertaruhan Kumpulan Pelawak adalah sesuatu yang baru buat Wamo Nsg ternyata pemilihan Bueh berbaloi apabila kehadiran Bueh mula mendapat perhatian dan mendapat komen-komen positif apabila single pertama mereka dilancarkan baru-baru ini. Tampil dengan lagu Tepuk amai-amai hasil ciptaan Ejai aziz dan lirik oleh ketiga-tiga ahli Bueh sendiri iaitu Samsul Bueh | Hazreen Bueh Hasrul Bueh yang berkisarkan kehadiran mereka untuk memberi kegembiraan pada pendengar.

Selepas Faysal Saad, Wamo Nsg kini menampilkan bakat solo terbaru yang mempertaruhkan single pertama bertajuk Memori berharap Rif atau nama penuhnya Muhammad Rifqi dapat menempatkan dirinya dalam himpunan bakat-bakat baru tanah air. Memori adalah hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Acap Tarabas menyatakan bagaiman perasaan seseorang ditinggalkan kekasih dan semua kenangan bersamanya adalah kenangan yang menjadi kesan kepedihan dihati,
Dengan kehadiran tiga artis dibawah naungan Wamo Nsg ini, Saudara Wafi yang merupakan Pengarah Urusan Wamo NSG Enterprise berharap kehadiran mereka dapat memberi impak dalam muzik tempatan sambil memeriahkan industri hiburan dengan naskah baru serta nafas aru. Menurutnya sebagai Syarikat Rakaman baru, Wamo NSG akan sentiasa membawakan bakat-bakat baru untuk diketengahkan bersama lagu-lagu baru dan terkini. – eWana News