TREASURE GLOBAL TANDATANGANI MoU DENGAN BOOST MALAYSIA, PENERAJU FINTECH SPEKTRUM PENUH SERANTAU
Mengembangkan Rangkaian Perdagangan TGI dan meningkatkan pendedahan jenama TAZTE
New York & Kuala Lumpur, Malaysia, 10 Januari, 2023 – Treasure Global Inc. (NASDAQ: TGL)(“TGI” atau “Syarikat”), sebuah platform inovatif e-dagang yang menyediakan solusi transaksi dan program ganjaran yang lancar, mengumumkan tentang acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membincangkan perkongsian strategik baharu di Malaysia bersama dengan Boost, syarikat teknologi kewangan spektrum penuh serantau. Sebagai kesinambungan kerjasama perniagaan di antara TGI dan Boost, perkongsian baharu tersebut akan berusaha untuk memanfaatkan solusi pembiayaan digital dari Boost Credit, sebuah perniagaan pinjaman berasaskan Kecerdasan Buatan (A.I.) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pinjaman seperti pembiayaan modal kerja, pembiayaan invois dan pembiayaan rantaian bekalan untuk memperkasakan lagi usahawan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia.

Di bawah perjanjian tersebut, solusi pembiayaan digital Boost Credit akan diterapkan ke program TAZTE dari TGI, menghubungkan TGI dengan rangkaian para pedagang dan penyedia F&B sebagai pengguna platform TAZTE dan ZCITY yang berpotensi. Tambahan pula, perkongsian ini akan meningkatkan pendedahan kepada jenama TGI, membina kesedaran kepada perniagaan dan penyedia F&B di Malaysia.
“Perkongsian strategik bersama Boost merupakan kunci kepada perkembangan rangkaian TGI dengan para pedagang dan penyedia F&B di seluruh Malaysia, membolehkan mereka menyertai kami sebagai pengguna platform TAZTE,” kata En. Sam Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TGI. “Kerjasama dengan pemain fintech serantau turut penting kepada TGI untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap jenama kami dan kredibiliti dalam rantau ini sebagai penyedia solusi transaksi inovatif yang bernilai. Ini adalah contoh utama TGI melaksanakan rancangan strategik kami untuk mendapatkan perkongsian yang relevan di Asia Tenggara, di mana kami dapat menawarkan solusi kepada ahli-ahli mereka dan meningkatkan capaian kami dan penukaran kepada pengguna di saluran-saluran kami.”

“Fokus utama kami di Boost adalah untuk merapatkan jurang rangkuman kewangan dengan memperkasakan SME melalui sistem kewangan digital yang dipermudahkan, supaya mereka boleh meneruskan aspirasi perniagaan mereka tanpa perlu risau tentang aspek kewangan. Melalui perkongsian kami bersama TGI, rangkaian para pedagang TAZTE akan menerima sokongan kewangan digital melalui Boost Credit, justeru itu, para pedagang kami akan mampu memanfaatkan platform TAZTE untuk menyeragamkan sistem operasi dan pengurusan mereka. Pada kami, ini merupakan langkah untuk memudahkan komuniti tersebut menjadi lebih cemerlang dalam mencapai matlamat perniagaan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, En. Sheyantha Abeykoon.
Mengenai Boost
Boost ialah syarikat teknologi kewangan spektrum penuh serantau Axiata yang memperkasakan kewangan berjuta-juta pengguna dan peniaga, di 7 negara Asia Tenggara. Menerusi ekosistem menyeluruh yang kian berkembang meliputi aplikasi teknologi kewangan pengguna, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan berasaskan AI, dan juga platform pembayaran rentas sempadan, Boost terus merintis jalan bagi pertumbuhan tidak terhalang dan keterangkuman kewangan lebih tinggi menerusi kuasa teknologi dan kecerdasan buatan (AI). ‘Be Unstoppable’ dengan Boost, akses mudah anda kepada perkhidmatan kewangan digital dalam satu platform fintech yang berkuasa.
About Treasure Global Inc
TGI is an innovative Malaysian e-commerce platform providing seamless payment solutions for consumers and merchants with instant rebates and affiliate cashback programs. On a mission to bring together the worlds of online e-commerce and offline physical retailers, TGI is developing a portfolio of leading digital platforms for use throughout Southeast Asia and Japan. In June 2020, TGI launched its proprietary product, the ZCITY App, a unique digital ecosystem that transforms and simplifies the e-payment experience for consumers, while simultaneously allowing them to earn rewards. In the ZCITY ecosystem, users can utilize TAZTE, a revenue generating digital F&B management system providing merchants with a one-stop touchless management and automated solution to digitalize their businesses. As of November 30, 2022, ZCITY had over 2,300,000 registered users. – eWana News
For more information, please visit https://treasureglobal.co/.
Forward Looking Statements
This press release may contain forward-looking statements within the meaning of Section 27A of the Securities Act of 1933, as amended, and Section 21E of the Securities Exchange Act of 1934, as amended. Such forward-looking statements are characterized by future or conditional verbs such as “may,” “will,” “expect,” “intend,” “anticipate,” “believe,” “estimate” and “continue” or similar words. You should read statements that contain these words carefully because they discuss future expectations and plans, which contain projections of future results of operations or financial condition or state other forward-looking information. Forward-looking statements are not guarantees of future performance, are based on certain assumptions and are subject to various known and unknown risks and uncertainties, many of which are beyond the control of the Company, including those set forth in the Risk Factors section of the Company’s registration statement and preliminary prospectus for the Company’s initial public offering filed with the SEC. Copies of these documents are available on the SEC’s website, www.sec.gov. These forward-looking statements cannot be predicted or quantified and consequently, actual results may differ materially from those expressed or implied by such forward-looking statements. The Company undertakes no obligation to update these statements for revisions or changes after the date of this release, except as required by law.