[TENON10] ASWARA Alternatif terbaik Penggiat Seni Menjadi Professional (EP 1/3)

Spread the love

Segment TENON10 bersama FlyArie di eWanaTV dan MaticTV

Segment kali ini FlyArie menemubual Dekan Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan Technologist Zulrashid Zulkifli. Bagus penerangan beliau, kita akan jadi lebih jelas tentangn peranan Aswara yang selama ini kita skopkan kepada bidang tarian dan lakonan sahaja, rupanya lebih daripada itu!.

Aswara merupakan wadah terbaik untuk orang dibelakang tabir juga kerana menyediakan bidang pengurusan seni seperti bagaimana menjadi pengurus kepada sesuatu event, bagaimana menguruskan event, menguruskan lampu, audio malah mengajar juga cara menyediakan proposal sehingga berubah menjadi duit, dari sebuah perancangan menjadi satu realiti.

Baru kita tau yang Aswara benar-benar penting kepada kita dan mempunyai peluang yang cerah dalam industri kerana Aswara mengamalkan praktikal melebihi teori. Mendidik untuk pandai menguruskan dan mendidik untuk bijak mencari solusi. Semoga Aswara diangkat menjadi platform besar dan international penggiat seni seluruh dunia.

#aswara #depanbelakangtabir #TenOn10

Show Buttons
Hide Buttons