Tektik terkini Scammer!

Spread the love

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan tindakan scammer yang melakukan pelbagai tipu helah untuk memeras wang ringgit daripada si naif. 

Bukan sedikit hasil penipuan mereka dan kini bukan sahaja warga luar negara yang menjalankan aktiviti ini, malah mereka bersekongkol dengan rakyat tempatan kerana pelat pada percakapan mereka sudah diketahui umum.

Terkini, mereka melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan surat berkepala surat kementerian, kehakiman dan sebagainya. Ini lebih ‘meyakinkan’ orang apabila surat berisi ugutan ini akan membuat si mangsa menggelabah dan tertekan, bahkan mereka akan mengikut apa saja ‘solusi’ dan mendiamkan perkara ini dari diketahui ramai kerana sekaligus ia adalah ‘aib diri sendiri atau keluarga.

Orang ramai diminta untuk mewar-warkan perkara ini dengan seberapa segera demi menjaga masyarakat dari menjadi mangsa penipuan si Scammer ini.

p/s: Sila beritahu orang tua anda supaya mereka tidak mudah tertipu!

Show Buttons
Hide Buttons