TEAMLAB: Resonating Microcosms; Kini di LaLaport KL

Spread the love

Kolektif karya seni daripada teamLab, “teamLab: Resonating Microcosms “) bakal berlangsung bermula dari 4 Ogos sehingga 30 November 2022 di Mitsui Shopping Park LaLaport.

BUKIT BINTANG CITY CENTRE (“LaLaport BBCC”,) kini menyediaan kemudahan komersil yang telah dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun Januari 2022. TeamLab, yang telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, akan mempamerkan hasil karya seni cahaya di LaLaport BBCC. Menerusi judul “teamLab: Resonating Microcosms”, pengunjung bakal teruja dalam bentuk transformasi dengan kehadiran orang ramai dan persekitaran alam yang semula jadi.

teamLab, Resonating Microcosms – Liquified Light Color, Sunrise and Sunset © teamLab

■ Nama Pameran
teamLab: Resonating Microcosms

■ Tajuk karya
Resonating Microcosms – Liquified Light Color, Sunrise and Sunset

Rooftop Garden, yang menampilkan ovoid yang tidak terkira bilangannya, merupakan sebuah ruang seni yang mengubah suai mengikut perubahan dalam persekitaran semula jadi dan kehadiran orang ramai.

Di bawah sinaran matahari, ovoid menggambarkan dunia sekeliling mereka.
Apabila sinaran matahari terbenam, ovoid itu akan mula bersinar dengan sendirinya. Tatkala ovoid itu ditolak oleh seseorang, ditiup angin atau ditimpa hujan, ia bersinar dengan terang dan mengeluarkan nada bunyi apabila ia memantul semula. Ovoid di sekelilingnya juga saling memberikan tindak balas dengan mengeluarkan nada bunyi dan cahaya warna yang serupa.
Malah, pohon bergema di sekelilingnya juga akan memberikan tindak balas dan berubah secara berterusan.

teamLab bereksperimentasi dengan konsep warna. Ovoid berkenaan boleh berubah kepada sejumlah 57 Warna Cerah Cecair (Liquified Light Colors) yang baru.

Ruang pameran tersebut berubah secara interaktif di bawah pengaruh angin, hujan serta tingkah laku manusia di ruangan itu, sekali gus menjadikan persekitaran dan orang ramai sebagai sebahagian daripada hasil kerja seni berkenaan.

■ Tajuk karya
Resonating Trees

Pohon-pohon bersinar dengan terang. Cahaya daripada setiap pepohon berkelip dengan sendiri secara perlahan-lahan.

Cahaya yang dihantar dari “Resonating Microcosms – Liquified Light Color, Sunrise and Sunset” menyebabkan cahaya pada pohon tersebut akan berubah warna dan nada khusus bergema mengikut warna.
Cahaya pohon itu pula akan dihantar kepada pohon di sekelilingnya satu persatu, selagi bunyi-bunyian ada secara berterusan.

Apabila cahaya bergema dari pohon yang berada di kejauhan, ia menandakan kehadiran orang ramai. Barangkali seseorang itu akan lebih menyedari kehadiran orang lain di ruangan yang sama.

■ Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE
https://mitsui-shopping-park.com.my/

■ Laman Web Rasmi Pameran
https://www.teamlab.art/e/lalaport_kualalumpur/

– eWana News

– Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia

Show Buttons
Hide Buttons