“SELERA ORANG KITA” DI HOTEL PREMIERA KUALA LUMPUR

Spread the love

Preview Bufet Menu Bulan Ramadan di PREMIERA HOTEL

Ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak pasti dirindul oleh semua umat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia yang terus ingin merebut keberkatan di bulan yang penuh hikmah dan barakah ini. Justeru bagi meraikan kedatangan bulan tersebut, Hotel Premiera Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tidak ketinggalan untuk menyediakan hidangan buffet yang pelbagai dan istimewa yang akan disajikan di aras 6, Dewan Utama Hotel Premiera Kuala Lumpur. Dewan ini mampu memuatkan 1000 orang tetamu pada satu-satu masa, disamping keselesaan ruang legar yang luas berserta dekorasi unik bertemakan suasana kampung.

Konsep Kampung Melayu – Foto: Razali Razak

“Selera Orang Kita” adalah tema yang dipilih pada tahun ini berikutan sajian yang akan dihidangkan adalah sajian tradisi dari pelbagai negeri di Malaysia yang majoritinya digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya.

Pada tahun ini Premiera Hotel Kuala Lumpur akan mengetengahkan hidangan istimewa “Siakap Stim Thai Special” dimana ikan siakap segar akan dikukus bersama-sama dengan bahan-bahan dan rempah-ratus terpilih disamping “Sup Gear Box 6 Sekawan” yang telah menjadi antara kegemaran dan tarikan setiap pengunjung.

Masakan kampung dari pelbagai negeri juga dihidangkan seperti Nasi Kandar, Gulai Daging Dengan Rebung, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ikan Masak Singgang serta Ayam Kalio. Tidak ketinggaln hidangan yang sering menjadi tumpuan pengunjung di Hotel Premiera Kuala Lumpur semestinya “Kambing Bakar 30 hari” diperap istimewa dan dibakar dengan kayu arang.

Pada masa sama ‘Stall Live Bufet’ menyediakan juadah seperti keow teow, mee goreng, murtabak ayam dan sardin, cucur udang, pisang goreng serta tidak dilupai pemanis mulut seperti pelbagai kuih tradisional melayu kuih lompang, bingka ubi, seri muka serta pengat durian dengan pulut yang akan membuatkan anda teruja. Turut disajikan juga pelbagai sambal melayu seperti sambal tempoyak. cencaluk, sambal ikan bilis tumbuk serta ulam-ulaman.

Sambil menikmati hidangan, para pengunjung turut di sajikan dengan alunan lagu-lagu dari pelbagai Irama yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Uda Dara, setiap hari dari jam 6.30ptg ke 10.00 malam.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra, mendengar tazkirah serta berterawih bersama Penceramah Selebriti seperti Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Anff, Ustaz Haslin Bollywood, Imam Muda Megat dan Ustaz Aiman Nasir pada hari-hari terpilih dalam setiap minggu bulan Ramadan.

Surau yang luas dan sangat selesa yang terletak di Aras 7 juga disediakan untuk para pengunjung menunaikan solat fardhu dan Terawih yang akan diimamkan oleh Ustaz yang telah dilantik oleh pihak hotel.

Selain itu, tempahan korporat secara berkumpulan (Private Event) dengan jumlah minumum 50 orang dan ke atas juga boleh dibuat bertempat di Coffee House aras 5 yang turut dihiasi dengan dekorasi dan suasana serta pemandangan malam di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Harga yang ditawarkan adalah RM128 bersih untuk dewasa dan RM96 bersih untuk kanak-kanak berumur dari 5 hingga 11 tahun. Tempahan awal (Early Bird) dijual dengan harga RM98 bersih untuk dewasa dan kanak-kanak RM50 bersih sehingga 19 Mac 2023.

Selain menikmati hidangan bufet, pakej bilik Ramadan juga di sediakan untuk tetamu yang ingin bermalam yang berharga RM460 bersih untuk penginapan satu malam beserta sahur dan iftar untuk 2 orang dewasa.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian 03-2615 1000.
Premiera Hotel Kuala Lumpur Menara MARA
232, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:+603 2615 1000 Faks:+603 2697 1118
Laman web :www.premiera.com.my
Emel: roshaina haris@premierahotel.com.my

Credit Foto: Razali RazakeWana News

Show Buttons
Hide Buttons