SELEBGRAM – WEA SELAMOS HINA OKU?
Kuala Lumpur 25 Julai 2022 – Kecoh baru-baru ini kisah Wea Selamos menghina OKU dalam satu petikan video yang kelihatan Wea Selamos sedang berjoget ‘Joget Monyet’ yang gerakannya kononnya seperti gerakan OKU.
Video tahun 2020 itu dirakam dirakam dengan muzik background lain tetapi telah disunting dan dimasukkan musik latar lain yang lebih memberi impak seolah-olah menghina OKU. Namun tegas Wea Selamos, itu merupakan salah interpretasi dan berniat jahat semata-mata.

Mengikut Wea Selamos yang sebelum ini sering difitnah dan disabotaj terhadap apa saja yang beliau kerjakan, ‘ini semua adalah berniat jahat dan sengaja dilakukan kerana ingin menjatuhkan reputasinya yang bergelar selebgram figure yang dikenali ramai di media sosial.
‘Apa yang kamu mau sebenarnya?, aku nak berbomoh tak boleh, aku nak berniaga tak boleh…’ keluhan Wea Selamos yang kelihatan tertekan dengan pembenci-pembenci (hatters) di ruang komen Facebook. ‘Aku cuma nak bermain TikTok’ ujar Wea Selamos.
Baru-baru ini di medi sosial heboh dikatakan sebuah seport polis telah pun dibuat ke atas Wea Selamos dengan tuduhan ‘menghina OKU dengan tarian menghina’. Perkara ini terjadi apabila terdapat mereka yang tidak senang dengan aksi Wea Selamos dan menuduhnya sebagai tarian mengejek atau menganjing golongan OKU.
Wea Selamos pernah viral beberapa kali sebelum ini termasuk ketika beliau dan rakan baiknya Pian K-Pop sehingga mendapat perhatian seorang businessman terkemuka dan mengaturkan perjumpaan kedua-duanya menggunakan helikopter miliknya.
Beliau yang juga mempunyai kepandaian dalam mengubati orang sakit secara rawatan tradisional juga sering dikecam kerana mengadakan live FB di setiap sessi rawatannya sehingga mengundang ramai hatters yang menaruh dendam kepada beliau.
Terbaru, beliau sempat berehat seketika sewaktu sessi pengambaran sebuah movie di adakan di salah sebuah kedai makan bersama-sama Sofi Jikan dan Ridzuan Hashim serta beberapa pelakon lain di sini hari ini.
– eWana News
– Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia