SEARCH: SEBUAH PENGAJARAN

Spread the love
Search ketika mengadakan Konsert Roof Top baru-baru ini.

KEMELUT PANJANG
Ya, aku akui aku terlibat membuat liputan Kumpulan Search sebelum pandemik lagi ketika mereka membuat Sidang Media Konsert Search Appologia bersama Dato’ Awie 25 Feb 2020.

Aku boleh katakan dari sinilah bermula segalanya dan dari sinilah bermulanya peminat maklum tentang Search ketiadaan penyanyi. Malah perkataan Apologia itu sendiri memberi maksud untuk mempertahankan band itu sendiri, begitu komen Din ketika ditanya.

Search terus melangkah dalam kepayahan apabila mendapat pelbagai reaksi dan kecaman sewaktu Konsert bersama Akim dan terakhir sebelum pendamik melanda, mereka merancang untuk membuat Konsert Search Bikin Wilayah bersama Dato’ Awie sekali lagi.

Dalam pelbagai teka teki dan digantung tak bertali, akhirnya penyanyi asal mereka mengumumkan untuk mengundur diri dengan alasan tidak berpuas hati dengan gitaris yang dikatakan tiada disiplin (29 Mac 2020).

Ketika ini tidak dapat dibayangkan betapa kecewanya peminat yang rata-rata sudah berumur 60 tahun ke bawah. Mereka yang bukan budak hingusan ini kecewa dengan keputusan Amy dan risau tentang masa depan Band yang dianggap lagend di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia ini. Namun mereka masih diam kerana kurang faham dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Di hujung tahun 2021, tepatnya pada 31 Disember 2021, Search sekali lagi mengadakan sidang media mengumumkan pengambilan Denden sebagai penyanyi menggantikan Amy kerana penarikan diri Beliau pada 29 Mac 2020.

Selepas itu, penonton terus mengikuti perkembangan demi perkembangan Search hanya dari Youtube dan Facebook sahaja. Yang dipaparkan hanyalah latihan demi latihan tanpa banyak cakap dari mereka.

Sehinggalah ummat Islam malaysia bersedia untuk berpuasa Ramadhan, kita diberitakan dengan kehadiran Denden ke Kuala Lumpur sempena pembukaan Border negara oleh Kerajaan Malaysia.

Bagi pihak Amy pula, pada sidang media secara online (22 Mei 2021) mengatakan bahawa sebenarnya keputusan menarik diri berpunca kerana perselsihan faham dengan Nasir (Bass Search) namun mereka sudah pun berdamai.

Perselisian juga dikaitkan dengan pihak ketiga apabila Mozylyr Mokhtaruddin yang dilihat secara aktif menjual barangan berjenama Search dengan kerjasama Kid dan Din. Mereka beberapa kali memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang walaupun difahamkan Mozylyr beberapa kali cuba berbincang dan berdamai mengenai perkara ini, namun kemelut mengenai hak ini belum berkesudahan sehingga hari ini.

SUDUT PANDANG
Dari sudut pandang peminat, usaha-usaha untuk Search terus maju sentiasa ada halangan sekiranya tiada kata sepakat dan perasaan tolak ansur sebegini terus-terusan berlaku. Apa yang berlaku ke atas almarhum Yazit dulu pun cukup melukakan hati peminat apabila beliau dilihat teraniaya sehingga akhir hayat. Peminat tidak berani masuk campur sangat kerana tidak memahami duduk letaknya perkara sebenar, namun sepintas lalu ia mempamerkan tentang Selfish, tamak dan tiada setiakawan dalam Search.

Ini antara faktor yang membuatkan Search itu sendiri dilihat suram di pandangan mata peminat. Sehinggalah keputusan membawa masuk Denden ini berlaku, maka timbullah harapan baru di hati kami nak melihat Band kebanggaan kami ini bernafas kembali.

Maaf kalau aku katakan, Konsert yang berlansung di Zepp Kuala Lumpur berlangsung dengan gah dan penuh glamour bertaraf antarabangsa. Tapi aku tak nampak seperti apa yang aku lihat dan rasai sendiri aura serta fenomenal yang berlaku pada Konsert Atas Bumbung yang disifatkan oleh ramai penonton sebagai ‘Konsert Marhaen Je’ ini. Auranya, Kesannya begitu mendalam di hati kami.

FAKTOR DAN BLA BLA BLA
Ada beberapa faktor yang aku boleh simpulkan di sini antaranya:

  • Pendekatan Kid dan Din yang dilihat lebih matang
  • Sifat mereka berdua yang humble dan tiada sifat arrogant langsung dipaparkan
  • Mereka sentiasa cuba menutup aib kawan-kawan
  • Mereka sentiasa mengingatkan kami untuk tidak mengadu domba, bertengkar atau membuang masa terhadap perkara ini kerana ia tidak memberi manfaat
  • Dari sudut berpakaian, Kid dan Din telah pun menjenamakan diri mereka sebagai pekerja alias pengusaha yang tiada mencirikan ciri errogant langsung
  • Kid terutamanya secara jelas dalam ucapan pendeknya berkata: Kita datang sini di waktu ini cuma nak enjoy, bukan nak bla bla bla!
  • Bla Bla Bla itu dalam maksudnya dan tidak menjurus kepada satu topik.
  • Sehingga waktu sidang media selepas Konsert di adakan mereka masih mengulang perkara yang sama.
  • Mereka sering mengulang perkataan ‘Alhamdulillah’ serta ‘Terima Kasih’ yang tak putus-putus.

KESIMPULAN
Maka kerana itulah aku lihat bahawa pertolongan Allah begitu besar kepada mereka yang dilihat low profile dan humble ini dan inilah yang penonton harapkan untuk dijadikan idola. Bahkan bagi aku mereka patut diberi penghargaan yang lebih besar berbanding sorakan peminat, ya aku yakin peminat menyanjungi mereka asalkan mereka terus kekal humble dan low profile!

Sebagai penulis media dan juga peminat tegar, aku boleh ambil pengajaran untuk kita semua hayati dan jadikan pedoman sepanjang hidup dari Search ini ialah:

  • Jaga setiakawan, walau ada permasalahan, itu perkara biasa
  • Memberi dan meminta maaf setiap kesilapan
  • Membuang EGO dalam diri kerana ego akan memandu kita kepada keputusan yang salah
  • Membina jenama itu sangat susah tapi menghancurkan jenama yang dibina sekian lama itu sangatlah mudah!
  • Fokus dan yakin apa lagi ketika pelbagai cabaran berlaku itu sangat manis hasilnya
  • Berbuat apa pun, tapi hati tetap kena bergantung kepada Allah, kerana tugas kita merancang dan berusaha, Allah menentukan segalanya!

Wanano
15 Jun 2020

Show Buttons
Hide Buttons