SEARCH AKHIRNYA UMUM PENGGANTI AMY?

Spread the love

Setelah mengharungi ‘banjir’ yang melanda, Search kini bangkit tampil dengan beberapa perancangan baru. Bertempat di shopping complex Campbell sehari sebelum tahun baru 2022, kumpulan ini mengumumkan line-up baru bagi meneruskan perjuangan mereka dan antara yang menjadi perhatian kami ialah pengumuman tentang penyanyi baru mereka, berasal dari Indonesia, bintang yang mula menyinar dan mempunyai vokal yang tinggi ini bersetuju untuk berkolaborasi bersama Search dan bercadang untuk merakam beberapa buah lagu lama dan baru.

Line Up baru yang mengukuhkan Search 2022

Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika. Malah, Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya di ‘blind audition’ program The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.

Denden Gonjales, 38 Penyanyi dari Indonesia

Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib berkata, kemampuan Denden menyanyikan lagu bernada tinggi amat sesuai dengan genre muzik Search.

“Search memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan amat sesuai dengan Search,” katanya.

Menurut Noordin,  Malah, “Dengan usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.

Selain Noordin dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga mengumumkan pemuzik berpengalaman luas iaitu Yan sebagai pemain bass mereka.

Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search. Yan pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Yan dan Pae muka lama yang sering muncul bersama Search kini disenaraikan sebagai Line Up kekal Search

Selain itu, Yan juga bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.

Noordin berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama kumpulan itu.

“Yan memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York, Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.

Selain itu, Search mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram. Sebelum ini Pae adalah pemain dram undangan bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika beliau mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31 Disember 2021.

Noordin berkata, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan macam-macam lagi.

“Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran.

“Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya.

Dalam masa sama, Search turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu http://www.fenomenasearch.com dimana Laman web tersebut di jadikan  platform rasmi Search dan segala pengumuman, agenda, perjalanan Search, koleksi jualan Search dan berita -berita mutakhir akan dimuat naik di situ dalam waktu sama ianya juga adalah laluan penghubung untuk segala urusniaga secara rasmi. Search juga dalam proses penyiapan akaun media sosial seperti Instagram, Facebook dan youtube rasmi mereka.

eWana News

Show Buttons
Hide Buttons