SAARI AMRI – WANITA MATI PULANG BERCERITA
DISAHKAN DOKTOR MENINGGAL SELEPAS DIPATUK ULAR, WANITA PATTANI HIDUP SEMULA DAN MENANGIS BERCERAMAH MERATA
Pandan Mewah, Ampang 20 Julai 2022– Saari Amri hari ini menerbitkan sebuah posting di Youtubenya ‘Saari Amri Official’ tentang kesedihan beliau dengan perkembangan terkini apabila Nabi Muhammad S.A.W. dihina bertubi-tubi, Agama Islam dicaci maki, bahkan Nama Allah juga turut dikeji oleh anak bangsa sendiri.

Menghadapi kesedihan ini, Saari turut bercerita tentang sebuah kisah beliau sendiri ketika berusia 13 tahun semasa beliau menetap di kampungnya di Pasir Mas, Kelantan. Beliau telah mendengar satu ceramah agama yang dalamnya menceritakan tentang seorang perempuan di Pattani, Thailand yang diberi kesempatan oleh Allah setelah disahkan oleh doktor bahawa beliau telah pun meninggal dunia akibat dipatuk ular. Bagaimana pun ketika beliau akan dikebumikan, tiba-tiba jenazahnya bergerak dan beliau di sahkan hidup kembali.

Menurut perempuan itu, ketika beliau ‘mati’ seketika itu, beliau sempat mengembara dan melihat pelbagai perkara di alam barzakh, termasuk siksaan api neraka. Wanita itu menangis-nangis ketika bercerita tentang azab seksa kubur. Wanita itu juga sempat berjumpa dalam keadaan Baginda sedang menangis. Wanita itu lalu bertanya kepada Rasulullah, mengapakah Baginda menangis?, Baginda lalu menjawab ‘Saya bersedih kerana kebanyakannya ummatku masuk neraka’. Kisah ini sangat menginsafkan’ menurut Saari Amri.
Namun Saari menyambung ‘Tapi yang saya sedih mengapakah sejak akhir-akhir ini ramai yang terlalu berani mencemuh’. ‘Kalau nak murtad, murtadlah tapi jangan buruk-burukkan agama Islam!’. Lanjut beliau lagi membandingkan ‘Kita saksikan di negara barat, berduyun-duyun orang yang cerdik pandai masuk Islam kerana mereka mengkaji, kerana mereka tau tentang kebenaran Islam!’.
‘Jadi kita semua harus mengakui bahawa kita akan dijemput suatu hari nanti’ Akhiri beliau sambil memutarkan petikan lagu ciptaan beliau berjudul ‘Kita Akan Di Jemput’ yang liriknya berbunyi
Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya
Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana
( korus )
Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi… di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita…
( ulang korus & 1 )
( 1 )
Harus diingat… kita hanya musafir
Yang didatangkan… hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput… untuk pulang
Di jemput pulang
– eWana News
- Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia