RUSUHAN MUZIK AMAN DI RIOT FEST

Spread the love

Percayalah, Riot Fest nanti akan aman dan menyenangkan! Itu janji Bro Empire Entertainment terhadap acara ‘rusuhan’ mereka nanti.

Mengambil semangat ‘rusuhan’ terhadap muzik lokal, mereka dengan bangganya mempersembahkan line up pemuzik yang semuanya padu.

Dengan pemilihan dua band tempatan yang punya pengarhuh dan empayar tersendiri iaitu Hujan dan Bunkface, berjaya menarik minat PEMANGKIN untuk muncul sebagai Penaja Utama manakala Sir Hafiz Yusuf bertindak menjadi penaja bersama konsert ini nanti.

Riot Festival yang akan di adakan di Maeps Serdang pada 4 Apri 2020 nanti bakal mengangkat tema Cyber Rock dengan pengisian selama 3 jam bersama Hujan dan juga Bunkface walaupun mereka mempunyai megnet peminat tersendiri.

Selain dua band tersebut Riot Festival juga akan digegarkan dengan band dan artis lain antaranya Toko Kilat, Iqbal M, Gard Muzgut, Operahaus, Fuze Band, Hacktick Mammoth, Torque Six serta seorang penyanyi Hip Hip yang memenangi tempat kedua AJL baru-baru ini Aman Ra. – eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons