ROZITA ROHAIZAD TERBANG KE AUSTRALIA LAGI
Siapa tak kenal sebuah nama yang tak asing di negara kita – Rozita Rohaizad, seorang pelakon dan penyanyi yang memulakan kerjaya seninya apabila beliau disunting oleh komposer Dato’ Ahmad Nawab dengan mengeluarkan sebuah album Hari Yang Ku Nantikan pada tahun 1978.
Sejak itulah dia mula meluaskan kerjaya seni sebagai penyanyi dan bernaung di bawah syarikat rakaman EMI. Pada awal 80-an, ibunya mendorongnya untuk berlakon dalam filem Dah Hingga keakhirnya (1990), Kekal Abadi (2008) dan album singles seperti Raikan Lebaran, Kenekkenek, Anak ikan . Lagu terbarunya pula adalah Malaysia ku sayang, Zapin Rinduan Kasih, Joget Malam Pertama Doa untuk Dunia dan Keroncong Anak Ikan.


Rozita banyak mewakili negara dengan mengadakan persembahan di National Multicultural festival Canberra sebanyak empat Kali berturut turut, Tiga kali di Malaysia festival Sydney, 5th north Sumatra Jazz fest, 1st Silaturahmi Keroncong Nusantara di Solo, 2nd Silaturahmi Keroncong Nusantara festival di Salatiga, Indonesia dan juga di Fuji Television Tokyo. Pada bulan februari 2021 Rozita Rohaizad di nobatkan sebagai Penyanyi Malaysia pertama membuat persembahan di acara Unesco.
Untuk kali kelima Rozita Rohaizad di jemput beraksi di alas pentas Malaysia festival Sydney Australia. Sejak 2015 Rozita Rohaizad kerap dapat undangan untuk mewakili negara di pelbagai festival seperti NMCF Canberra, Silaturrahmi Keroncong Nusantara di Solo dan Salatiga dan pada feb 2021 dia di nobatkan sebagai penyanyi Malaysia pertama membuat persembahan kebudayaan di International Mother s Language Day sebuah acara anjuran UNESCO.





Rozita terharu dengan penghargaan yang di beri dan gembira masih banyak menerima undangan dari negara tersebut.
Kerana ingin menolong komuniti Malaysia di luar negara memberikan pertunjukan yang melambangkan budaya Malaysia Rozita tidak pernah jemu membantu kerana faham sangat komuniti di sana terhad bajet, tenaga artis dan kemahiran, sehingga banyak kali juga dia melakukannya dengan pocket sendiri.
Kali ini MAS bermurah hati sebagai sponsor dan Rozita Rohaizad akan menampilkan partner duet iaitu Aaron anand lee. seorang penyanyi /pemuzik warga Malaysia yang menetap di melbourne. Aaron akan berduet lagu lagu Rozita Rohaizad seperti zapin rinduan kasih, doa untuk dunia dan joget budaya . Membuat dua persembahan di Belmore Park sydney pada 12 dan 13 November ini, tema acara di Malaysia festival ini ada lah irama Malaysia dan nostalgia tan Sri p ramlee dan Saloma.
Rozita dan Aaron juga akan buat persembahan di Nur kitchen Dandenong Melbourne pada 5hb November. Mereka juga ada perancangan untuk menghasilkan album single. – eWana News