REBUT PELUANG MEMENANGI PAKEJ PERCUTIAN DARI PETRON DAN TOURISM MALAYSIA

Spread the love

KUALA LUMPUR – 27 Oktober 2021 – YB Dato’ Sri Nancy Syukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya telah merasmikan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ dengan kerjasama PETRON Malaysia yang diwakili oleh Pengurus Besarnya Pn. Faridah Ali. Kempen ini bakal berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran meraik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat menarik di dalam negara.

Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan di Sunway Lagoon dan antara rakan kerjasamanya ialah rakan-rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escape Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvet Santubong serta VIP Pass Holidays (Malaysia) dan TREVO Malaysia dan mereka bakal bekerjasama untuk menyediakan hadiah pakej percutian yang menyeronokkan.

Kempen ini akan memberi ganjaran kepada 1,156 pemenang termasuk 56 pelanggan bertuah yang akan muncul sebagai pemenang hadiah utama di sepanjang tempoh lima bulan kempen berlangsung. Antara ganjarannya ialah Pakej 3 hari 2 malam (3H2M) menikmati alam semula jadi di beberapa tapak glamping terbaik di Malaysia melalui penginapan glamping. Glamping adalah gabungan dua perkataan iaitu Glammer dan Camping yang memberi maksud percutian yang menarik dalam suasana camping.

Manakala enam pemenang akan memenangi Hadiah Utama berupa pakej percutian yang bernilai sehingga RM20,000 dari Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvet Santubong, bukan itu saja, pemenang juga bakal diberi wang tunai sebagai wang saku malah petrol juga ditaja oleh Petron sebagai penggalak industri Pelancongan.

Selain hadiah utama, sepuluh (10) orang pemenang pula akan memenangi pakej percutian bernilai RM50,000, wang tunai dan tajaan minyak secara bulanan bermula November 2021 hingga Mac 2022. Setiap pemenang dibenarkan membawa empat (4) orang ahli keluarga atau rakan.

“Pakej pelancongan ini akan memberi mereka peluang untuk menjalani pelbagai aktiviti rekreasi menarik seperti menikmati aktiviti taman tema, menghadiri kelas melukis batik dan merinteraksi dengan orangutan” Kata YB Dato’ Sri Nancy Syukri dan beliau cukup teruja dan yakin dengan adanya hadiah pakej percutian lengkap melalui tajaan minyak dan elaun perbelanjaan bakal memberi buster kepada industri pelancongan sekaligus menjana pendapatan masyarakat sekitar.

Uniknya plan kempen ini, pemenang juga akan dipilih mengikut kawasan Utara, Pantai Timur, Sentral, Selatan, Sabah dan Sarawak dan setiap kawasan bakal dinobatkan sebagai pemenang. “Ini juga cara kami untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa bersama kami selama ini. Kami harap dapat beri lebih banyak lagi detik ‘Petron Fuel Happy” melalui ganjaran eksklusif seperti kempen ini setiap kali mereka menggunakan kad PMiles” Tambah Faridah.

Pelanggan hanya memastikan bahawa mereka adalah pemegang kad Petron Miles, mereka dapat kemasukkan automatik untuk pembelian bahan api terkumpul bernilai RM250 dalam tempoh satu bulan untuk melayakkan diri dalam cabutan bertuah Hadiah Utama dan RM50 untuk hadiah tempat pertama.

Sebarang pertanyaan tentang kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini sila layari laman www.petronmiles.com.my

  • eWana News
Show Buttons
Hide Buttons