RASAI KEUNIKAN MAKANAN ARAB DI ZAITUNA RESTAURANT JOHOR BHARU

Spread the love

Di sini kalau anda berkesempatan pergi, ada pelbagai jenis Makanan Arab yang ada seperti nasi Arab, Kunafa, Baklava, pizza, Shawarma set nasi dulang ayam atau daging yg anda boleh nikmati.

Tempat luas, bersih dan cantik 
Memang Sis teruja juga pertama kali datang ke sini dengan suasana kedai yang cantik seperti duduk di negeri Arab gituuu…. hihi.. lepas tu rambang mata nak pilih makan apa sebab menu semua favourite sis.. Nak cuba semua memang tak larat nak membawak perut kan.. So kita cuba je mana yang paling ‘laku keras’ di sini.

Ini antara menu yang Sis telah cuba di sini:

Set Dulang – Nasi Arab

Nasi Arab.. Mmmm menyelerakan!

Nasi Arab dalam dulang ni ada 3 jenis iaitu Kabsa, Maklouba dan Mandi berserta ayam ‘whole leg’ 2 ketul dan 2 ketul kambing dalam 1 dulang besar ni untuk dimakan oleh 4 hingga 6 orang, kerana dulangnya cukup besar.. Untuk rasa, bagi Sis sedap dan Ayamnya berisi lembut, begitu jugak dengan dagingnya juga berisi lembut. Bila makan terasa rempah ratus daging tu nak kunyah pun tak sakit gigi sebab dagingnya jenis lembut.. Jadi Sis suka!

Kunafa  & Baklava
Kunafa yang ada di Zaituna Restaurant ni hanya satu jenis sahaja iaitu Kunafa Krim. Disiram dengan air gula dan kacang jenis kacang tumbuk berwarna hijau. Air gula pula mempunyai campuran ros, so bila makan tu ada bau wangi sikit. Bila makan Kunafa ni rasanya sungguh ranggup di luar lembut di dalam sebab ianya di dalam berkrim. Bagi Sis sedap la sebab krim tu tak terlalu manis tapi bila letak air gula baru manis membuatkan rasanya cukup, rasa lemak-lemak sebab ada krim dan rasa manis sebab ada gula serta ranggup. Baklava pula pelbagai jenis dan berwarna-warni dengan pelbagai bentuk yang cantik. Bagi Sis dia ada satu rase saja iaitu rasa manis.. hihihi!.

Falafel di sini sangat segar dan menyelerakan!

Falafel
Falafel ni sis tak pernah makan lagi dan ini adalah kali pertama Sis makan.. Mereka ada membekalkan roti lepas yang disalut dengan sos putih, kemudian masukkan sayur baru letak bebola tu. ‘First time’ makan terasa sedap kerana bahan bahan dalam tu cukup lengkap. Bebola itu pula ranggup luar tapi dalamnya lembut.

Kepada yang tak suka makan nasi boleh lah ganti dengan Shawarma.. Kenyang!

Shawarma
Shawarma ni Sis pesan Shawarma Daging. Didalamnya ada daging, mayonis dan rasa dagingnya yang lembut dan cukup rempah sangat terasa..salad pula fresh apabila digabung semuanya menjadikan ia sangat lazat.

Pizza Salami & Zaituna salad
Pizza di sini rotinya agak nipis sedikit tapi Sis suka sebab tak ada la makan pizza pun terasa macam makan roti kan?. Bila nipis sikit letak topping cheese makan panas-panas dan boleh tarik cheesenya sampai ke Arab sana! hihihi.. Sis gurau je.. Untuk Zaituna salad tu bagi Sis ianya sangat menyelerakan kerana saladnya fresh. Bila fresh warna salad tu cantik kehijau-hijauan, nak makan pun berselera…

Semua yang Sis makan ni memang Sis puas hati kerana ianya sedap dan mempunyai keunikan rasa tersendiri dalam setiap makanannya. Jadi jangan lupa  datang Zaituna Restaurant di Johor Bahru kerana anda tak akan berasa rugi pun makan di sini, harganya pun murah!

Ni Alamat lengkap dan detail restoran tu:

Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
Best True Arabian Restaurant in Johor Bahru
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari 11AM – 11PM (kecuali Jumaat 2PM – 11PM)
Call: 07-213 3577
Order online: www.zaituna.my
Facebook: Zaituna Restaurant مطعم زيتونة

Penulis: Bella Siti Norizam – adalah journalist di eWanaTV & eWana News, segala pendapat, idea dan penulisan beliau tidak semestinya mencerminkan pendirian kami di eWana News. – eWana News

Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia

Show Buttons
Hide Buttons