RAMPAS JENAMA SEARCH – AMY DAN NASIR MULA TINDAKAN

Spread the love

Pada permulaannya, SEARCH dianggotai oleh Amy, Yazit, Nasir, Hillary dan Nordin. Hillary berundur selepas album ketiga kami, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Kid mengambil alih tempat Hillary dari album keempat kami, Fenomena.

“Nasir dan Amy sepakat untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Home of Champions”

website pihak yang dikatakan merompak hasil

Album kami yang terakhir iaitu Katharsis dikeluarkan oleh Amy, Nasir, Nordin dan Kid pada tahun 2017. Pada masa itu, arwah Yazit tidak bermain di dalam album tersebut atas sebab keuzuran beliau. Seperti yang semua maklum, arwah Yazit telah meninggal dunia pada tahun 2019. Walaubagaimanapun, ahli-ahli SEARCH telah bersetuju untuk memastikan bahawa hak- hak arwah Yazit kepada nama SEARCH dan kerja-kerja beliau untuk SEARCH dari tahun 1981 lagi akan diberikan kepada waris-waris arwah Yazit.

Antara produk yang dijual

Baru-baru ini, Nasir dan Amy mendapat tahu bahawa seorang yang bernama Mozylir Bin Mokhtaruddin yang berniaga atas nama “Home of Champions” telah menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran Nasir, Amy dan waris-waris arwah Yazit. Nasir dan Amy telah mendapat tahu bahawa Mozylir Bin Mokhtaruddin/Home of Champions telah :-

(a) menggunakan nama “fenomenasearch” melalui laman web http://www.fenomenasearch.com dan menggunakan e-mel yang memakai nama domain fenomenasearch.com;

(b) menjual pakaian-pakaian dan aksesori menggunakan nama SEARCH atau imej-imej yang berkaitan dengan SEARCH melalui, antara lainnya, beberapa laman web seperti :-

(i) http://www.fenomenasearch.com/shop;
(ii) https://www.facebook.com/fbhomeofchampions/;
(iii) Instagram: @homeofchampions.store; dan
(iv) Shopee @homeofchampions.store;
(c) menjual kasut “Aliph x SEARCH – Edisi 2021” atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.

Nasir, Amy, dan waris-waris arwah Yazit telah mengambil nasihat guaman dan telah mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir Bin Mokhtaruddin/Home of Champions untuk menghentikan kegiatan-kegiatan mereka yang disebut di atas. 

Show Buttons
Hide Buttons