RAGBI MALAYSIA DAN AL IKHSAN LANCAR JERSI BARU RAGBI

Spread the love

Kuala Lumpur 9 Oktober – Perkembangan terkini banyak menyaksikan plan-plan kerjasama banyak menceriakan kembali perlbagai industri tanahair sekaligus meransang kerancakan ekonomi negara. Terbaru eWanaTV menyaksikan satu lagi kerjasama di adakan antara Kesatuan Ragbi Malaysia dan Al Ikhsan Sports di sebuah majlis pelancaran yang gilang gemilang bertempat di Al Ikhsan Sports, The Curve Damansara.

Menerusi jenama AL Sports, Al-Ikhsan pada hari ini telah mencipta satu lagi sejarah apabila melancarkan jersi baru untuk pasukan ragbi kebangsaan. Kerjasama di antara AL Ikhsan dengan Kesatuan Ragbi Malaysia ini bukanlah baru tetapi telah terjalin sejak pelancaran kali pertama pada 2019, telah pun membangunankan produk berprestasi tinggi serta kualiti terbaik di peringkat elit persukanan. 

Jersi edisi terbaru ini akan digunakan buat pertama kalinya oleh pasukan ragbi lelaki dan wanita kebangsaan atau dikenali dengan gelaran Bunga Raya 7’s di Kejohanan Asia Rugby Sevens Series 2021 yang juga merupakan aksi kelayakan Piala Dunia Ragbi 7 Sebelah Afrika Selatan 2022 pada 19 dan 20 November 2021 di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Jersi selaku tuan rumah akan mengekalkan warna merah yang melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi. Manakala jersi selaku pasukan pelawat pula buat pertama kalinya Putih merupakan warna pilihan adalah memberi kelainan kepada penampilan skuad Bunga Raya kali ini. 


Selain daripada kit hari perlawanan, AL Sports juga akan menyediakan pakalan latihan dan kit luar padang untuk pasukan. Tidak melupakan peminat dan penyokong setia, terdapat juga rangkaian produk untuk peminat lelaki dan wanita. 

Anwar Mamtaj, Pengurus Jenama – AL Sports, mengulas: “Kami sangat teruja untuk akhirnya memperkenalkan kit Ragbi Malaysia yang baharu. Kami tahu betapa bermaknanya baju ini kepada pemain dan peminat. Tuntutan ragbi moden bermakna kit kami perlu bersedia untuk cabaran, jadi kami amat berbangga dalam mencurahkan semua pengalaman kami ke dalam pembangunan dan ujian kesemua produk kami. Kami bekerja dengan pemain dan pasukan elit di bahagian paling tinggi di sukan ini. AL Sports mempunyai sejarah yang sukar ditandingi dalam ragbi, membolehkan kami membawa banyak pengetahuan ke dalam pengeluaran kit ragbi di peringkat elit.

Sementara itu menurut Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, Dato, Shahrul Zaman bin Yahya dan barisan exco mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang dimeterai di antara kedua – dua pihak dan berharap persefahaman ini akan diteruskan pada masa akan datang

Kesemua produk boleh didapati bermula 9 November 2021. Harga rangkaian produk bermula dari RM19.00 sehingga RM179.00 dan boleh didapati di kedai Al-Ikhsan Sports terpilih dan dalam talian di https://www.al-ikhsan.com/ dan https://www.alsports.com.my. Untuk maklumat lanjut sila ikuti laman media sosial @alsports.sb dan @malaysiarugbyunion di Facebook, Instagram dan Twitter.

Show Buttons
Hide Buttons