Si Penyonglap Duit dan LGBT jadi MAKIAN Bunkface

Spread the love

Here we go Bunkface Is back. Bunkface bukan sebuah band yang menggunakan karya mereka untuk VIRAL . Akan tetapi band sebegini memang menyampaikan sesuatu melalui lirik serta lagu mereka apa yang patut disampaikan . Sedangkan mereka pun fasih hal hal industri dan semestinya lagu sebegini tidak akan diputarkan di radio mahu pun di tv and semestinya mereka tahu ini bukan product AJL mahupun product yang mampu menarik pihak radio dan tv untuk memanggil mereka mempromosikan lagu Akhir Zaman ini.

Disini juga Bunkface telah memberi satu amaran aku rasa bahawa tv , radio bukan lagi sesuatu medium yang utama untuk mempromosikan product & lagu artis tempatan . Tiada lagi batasan bersuara didalam lirik atau lagu untuk memberi sedikit suntikan keberanian & berterus terang apa yang mereka ingin luahkan . Dan ini bukan band yang pertama kalau pada mereka yang mengikuti perkembangan band band underground , ini adalah cara mereka bersuara untuk apa yang mereka rasa patut disuarakan .

Dan di sini aku rasa akan makin ramai pengkarya seperti ini akan terus wujud dan tidak lagi bergantung mengikut syarat radio , tv dan sebagainya kerana telah banyak membataskan karya serta membuatkan 60% muzik itu sendiri kebelakang dan susah untuk berkembang . Patform dan digital telah mula mengubah senario industri muzik tempatan secara halus dan pastinya akan melahirkan pemuzik , pengkarya , band yang setaraf dunia . Ini adalah satu bayangan bahaya dalam perlahan penggerakan pemuzik seperti ini sedang menghantar Virus untuk mengubah Senario Industri Muzik Tempatan.

  • Sumber penulisan – Anep Pelita Lusuh
  • Sumber Foto: Google

Show Buttons
Hide Buttons