Perkongsian YB Zuraida tentang Covid-19 di Terengganu

Spread the love

Tengahari tadi Kak Da menerima panggilan telefon dari kenalan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Ketika itu beliau berada di Hospital Hulu Terengganu, Pusat Kuarantin Covid-19.

Beliau bertanya kepada Kak Da,

“Kak Da ada simpanan al-Quran tak?”

“Kak da tanya nak bagi kat sape?”

“Pesakit-pesakit yang dikuarantin kat sini mintak al-Quran!”

Allahu sebak dada Kak Da, tanpa melengahkan masa Kak Da ajak suami untuk penuhi permintaan pesakit pesakit yang dikuarantin.

Kebetulan kat rumah Kak Da ada simpan dalam 200 naskah al-Quran untuk program. Jadi Kak Da ambil kesemuanya untuk diagihkan kepada mereka.

Bersama-sama Kak Da juga ialah To’ Puan Hajah Zarani Othman, isteri Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu dan juga beberapa staf lain berangkat ke Hospital Hulu Terengganu dengan mematuhi standard piawaian keselamatan yang telah ditetapkan.

Selain daripada al-Quran, sempat juga tadi kami dapatkan stok makanan seperti biskut dan roti untuk diberikan kepada petugas dan juga pesakit. Sebuah televisyen juga turut disumbangkan untuk kanak-kanak di sana.

Untuk pengetahuan semua, seramai 165 individu dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu dan asbab jangkitan kebanyakan berkait dengan peserta himpunan di Masjid Sri Petaling.

Jururawat di sini bercerita, jarang sekali bertemu dengan pesakit sebegini sepanjang bertugas di hospital. Waktu solat tiba mereka akan solat berjemaah, dan mereka minta al-Quran supaya mereka dapat membacanya walaupun dalam keadaan sakit.

Allahuakbar! Kita yang sihat ni pun kadang kadang sehari pun belum tentu pegang al-Quran. Muhasabahlah kita bersama.

Menitis air mata Kak Da sayu dan sebak, melihat keadaan mereka yang dikuarantin. Tidak dapat digambarkan dengan kata kata.

Kak Da ingin menyeru masyarakat di luar sana, jagalah kesihatan dan kebersihan diri, patuhi setiap panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jangan menyesal di kemudian hari, mencegah lebih baik dari mengubati.

Ya Allah lindungilah kami semua daripada wabak merbahaya ini dan pulihkanlah bagi mereka yang sedang dirawat. Amiin.

Salam ingatan,
YB Zuraida Md Noor
ADUN Wanita Terengganu

Sumber: Facebook YB Zuraida Md Noor

Show Buttons
Hide Buttons