NAUTICAL INSIGHT & SWISS-BELHOTEL INT. BEKERJASAMA UNTUK TINGKAT INDUSTRI HOSPITALITI

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 JANUARI 2023 – Malaysia sebagai destinasi pilihan perniagaan dan riadah dijangka terus kukuh dengan gabungan dua peneraju pasaran hospitaliti; Nautical Insight Sdn. Bhd (NISB), syarikat hospitaliti Malaysia, dan Swiss-Belhotel International Limited (SBI), kumpulan hospitaliti terkenal Hong Kong yang diiktiraf sebagai salah satu kumpulan pengurusan hotel yang paling pesat berkembang di dunia.

Kedua-dua pemimpin pasaran berkongsi pada sidang media mereka untuk membuka syarikat usaha sama baru dengan saham pemilikan lima puluh peratus masing-masing. Syarikat baru itu akan mengguna pakai kepakaran dan pemahaman NISB tentang permintaan hospitaliti Malaysia dan kepakaran SBI dalam pengurusan hotel global; untuk menguruskan lebih 10 hotel sedia ada atau 2,000 bilik hotel di negara ini.

Inisiatif ini bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan nilai hotel sedia ada di negara ini dengan perkhidmatan dan standard bertaraf antarabangsa, di samping nama terkenal mereka di persada dunia. SBI telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun bermula dengan Swiss-Belhotel Kuantan, dan diikuti dengan Swiss-Belexpress Nilai yang akan mula beroperasi tidak lama lagi. Melalui tinjauan pengunjung hotel, nama Swiss-Belhotel telah berjaya menarik minat pengunjung tempatan dan antarabangsa melalui perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang disediakan oleh Swiss-Belhotel.

Encik Gavin M. Faull, Pengerusi dan Presiden Swiss-BelHotel International berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Nautical Insight yang memahami pasaran ini dengan mendalam. Kami melihat potensi pertumbuhan yang luar biasa untuk syarikat masing-masing di Malaysia dan akan mengejar peluang pembangunan di seluruh negara secara agresif. Bertumpu kepada pasaran pertumbuhan yang tinggi di Asia Tenggara, pengembangan kami didorong oleh kemampanan jangka masa panjang di samping untuk mengukuhkan portfolio jenama kami yang pelbagai.”

LaCrista Hotel Melaka (milik NISB), sebuah hotel mesra Muslim di pusat bandar Melaka yang juga menempatkan Novoid Arena, gelanggang e-sukan terbesar di Wilayah Selatan Malaysia, akan menjadi hotel pertama yang merasai manfaat daripada usaha sama tersebut. Hotel tempatan akan disediakan dengan latihan peningkatan kualiti kakitangan bertaraf antarabangsa, kemudahan, strategi pemasaran yang baharu dan lain-lain lagi..

YBhg. Dato’ Rosthman Ibrahim, Pengarah Urusan Nautical Insight berkongsi, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Swiss-Belhotel International dan berharap dapat menggabungkan kekuatan kedua-dua syarikat kami. Kami percaya bahawa pemahaman LaCrista yang lebih baik tentang budaya dan keperluan tempatan boleh memberi manfaat kepada kerjasama ini dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada seluruh pelanggan. Dengan pengetahuan tempatan dan rangkaian meluas yang dimiliki Nautical Insight di Malaysia, kami yakin kerjasama ini akan memberikan perkhidmatan dan layanan yang luar biasa kepada pengunjung, selaras dengan minat dan keperluan pasaran tempatan.”

Para tetamu boleh mengharapkan layanan yang terbaik di Malaysia tidak lama lagi dengan portfolio besar dan pelbagai daripada jenama Swiss-Belhotel seperti; Swiss-Belhotel yang memenuhi keperluan pasaran pertengahan atas; Grand Swiss-Belhotel yang memenuhi keperluan pasaran kelas atas; Swiss-Belresidences yang memenuhi keperluan kediaman kelas atas dan Maua, yang menyediakan tempat percutian mesra alam yang mewah.

Industri pelancongan dan hospitaliti terkenal dengan peranan pentingnya sebagai pemangkin penting pertumbuhan ekonomi global dalam memacu pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Di samping itu, inisiatif ini juga bersedia untuk mengembangkan pasaran kerja dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dalam industri perhotelan. Melalui usaha sama ini, NISB dan SBI meramalkan peningkatan yang luar biasa dalam unjuran pendapatan mereka, dengan peningkatan nilai hartanah dan jenama hotel tempatan menjelang tahun 2025.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:  https://www.swiss-belhotel.com


###

Mengenai Swiss-Belhotel International

Swiss-Belhotel International kini berada di 19 negara, menguruskan portfolio lebih daripada 125 hotel, resort dan projek yang terletak di China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Vietnam, Bahrain, Mesir, Iraq, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Australia, New Zealand, Switzerland dan Tanzania. Swiss-Belhotel International menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengurusan yang komprehensif dan profesional dalam semua aspek perhotelan, resort dan servis kediaman. Pejabat terletak di lokasi strategik di Hong Kong, New Zealand, Australia, China, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu, Switzerland, Vietnam dan Thailand meliputi wilayah Oceania, Asia, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan India.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.swiss-belhotel.com – eWana News

Mengenai Nautical Insight Sdn Bhd

Nautical Insight Sdn Bhd merupakan pemilik LaCrista Hotel Melaka, sebuah jenama hotel persendirian tempatan. Sejak penubuhan LaCrista Hotel Melaka pada 1 Januari 2020, hotel ini mendapat sokongan dan kunjungan pelbagai pihak terdiri daripada kerabat diraja, ketua negara dan orang kenamaan, VVIP, selebriti terkenal, serta pelbagai jenis pelancong berbilang kaum dari seluruh negara. LaCrista Hotel Melaka merupakan hotel terkemuka bertaraf 5 bintang yang berfokuskan kepada konsep penginapan mesra pelancong Muslim. Sinonim dengan nama yang diinspirasikan dari Bahasa Portugis, “LaCrista” yang bermaksud berada di puncak, hotel ini ditubuhkan daripada karya seni bina yang diilhamkan oleh konsep Kolonial, dilengkapi dengan 225 bilik serba lengkap dengan reka bentuk dan perabot kontemporari menjadikan LaCrista pilihan utama untuk pengunjung yang tiba di Melaka. LaCrista juga menyediakan arena e-sukan terbesar di wilayah Selatan Malaysia, Novoid Arena, yang mengandungi stadium e-sukan yang boleh memuatkan sehingga 200 orang dalam suatu masa. Bersama-sama dengan konsep “Your Personalised Lifestyle Hotel”, LaCrista berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap segala keutamaan unik semua tetamu yang dihargai.

Show Buttons
Hide Buttons