Nanorecords lancar Video Muzik ‘Maznah Trompet’

Spread the love

Hari ini sebuah Muzik Video Lirik Rasmi dari Nanorecords Malaysia dilancarkan. Lagu dendangan Theater Band yang berjudul Maznah Trompet dijangka bakal menjadi siulan ramai orang gara-gara lagu ini adalah berkisahkan ceritera yang sangat rapat dengan masyarakat.

Diciptakan oleh penyanyinya sendiri Amy G, sementara liriknya ditulis oleh pemain gitar mereka Arie, ianya berinspirasi dari petikan babak di dalam filem Seniman Bujang Lapok. Tentu ramai yang masih ingat gelagat seorang pemuda gemuk yang meniup trompet di malam hari ketika P. Ramlee, Sudin dan Ajis sedang menghapal skrip untuk lakonan besoknya.

CD Theater Band – Maznah Trompet kini boleh didapati secara online

Pemuda gendut itu akhirnya diikat oleh mereka bertiga dan mulutnya disumbat kain gara-gara terganggu dengan tiupan trompetnya yang mengganggu mereka menghafal skrip.

Babak ini menjadi pilihan sebagai sumber inspirasi ciptaan lagu ini dan melodinya juga digarap agak retro sesuai dengan penceritaannya.

Theater Band yang dianggotai oleh Amy G sebagai vokalis, Arie sebagai gitar utama berasal dari Malaysia sementara Dafan Mulifa sebagai Bass berasal dari Indonesia. Mereka yang berlatar belakangkan bidang teater, filem dan musik ini akhirnya bersetuju untuk bergabung menjadi sebuah band walaupun mereka terpisah dengan jarak

Bagi kami jarak tidak jadi masalah kerana kecanggihan teknologi sekarang membuatkan kami mudah untuk berkomunikasi, malah rakaman juga boleh dibuat hanya melalui internet

Amy G – Theater Band

Sementara itu, Wanano ketika ditemui baru-baru ini mengakui tertarik dengan Theater Band kerana keunikan konsep mereka.

Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa, tapi industri sekarang sudah sampai ke kemuncak apabila segala macam jenis muzik sudah terekpresi dan sekarang trend sudah mula berpatah balik dengan kemunculan lagu-lagu atau pemuzik yang berteraskan muzik 70an 80an dan 90an.

Wanano – Pengarah Urusan Nanorecords Malaysia

Semoga kehadiran Theater Band terus menyemarakkan lagi industri muzik kedua-dua negara di saat dunia diduga dengan wabak Covid19, berharap lagu ini sedikit sebanyak boleh merenggangkan stress para pendengarnya

– eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons