Naim Danial – Masa yg tepat!

Spread the love

Juara AJL ke 34 baru-baru ini menobatkan Naim Danial sekaligus mengakui kehebatan anak muda ini dengan lagu taruhannya yang berhantu ‘Sumpah’.

Sosok yang sering memulakan nyanyiannya dengan bacaan Bismillah ini dilihat berjaya menawan hati juri professional dan juri awam apabila lagunya Sumpah membawa dia kepada pencapaian tinggi walaupun dianggap baru dalam industri Muzik.

Anak muda yang dilahirkan pada 9 September 1997 ini sebenarnya bukan sahaja bagus dalam nyanyian, malah beliau juga seorang pelakon yang berdedikasi. Beliau yang pernah membintangi filem 2 Hati 1 Jiwa arahan Prof. A. Razak Maideen ini pernah membawa watak sebagai Adik Lapan di bawah produksi Grand Brilliance Sdn. Bhd.

TEPAT
Naim Daniel dianggap wajar apabila melancarkan single terbarunya pada 11 Feb lepas setelah memenangi AJL ke 34 dan ianya dianggap TEPAT PADA MASANYA. Kerana namanya meniti dibibir peminat dalam keadaan industri muzik yang agak suram ini, sedikit sebanyak menjulang Single terbarunya. Setakat ini (baru 2 hari) penontonnya sudah mencecah 586,404 tontonan.

eWanaNews mendoakan Naim Daniel diberkati, dirahmati dan seterusnya mencapai kejayaan demi kejayaan, tidak lupa diri dan sering belajar daripada abang-abang senior agar penglibatan beliau boleh bertahan lama di kala ramai yang mengatakan artis BBNU cepat popular dan cepat juga sejuknya! – eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons