MYDIN TAWAR DISKAUN DAN JANJIKAN PENJIMATAN BERGANDA!

Spread the love

KEMPEN OHMYDIN! HURU-HARA PASAR RAYA BERLANGSUNG SEHINGGA 21 JANUARI 2022.

REBUT HADIAH PERADUAN SEHINGGA RM 100, 000.00.

Subang Jaya, Selangor, 21 Oktober 2021 – Cakna dan prihatin dengan cabaran ekonomi semasa terutamanya ketika negara dilanda pandemik Covid-19, rangkaian pemborong dan runcit, MYDIN kembali dengan kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya. Kempen yang menawarkan 99penjimatan berganda dan promosi barangan dengan harga yang cukup istimewa ini berlangsung sehingga 21 Januari 2022.

Kempen ini turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Kempen Beli Barangan Malaysia dan 66 syarikat pembekal terkenal antaranya Nestle, P&G, Lux, Lifebuoy, Sunsilk, Kapal Api dan Saji. Selain itu, kempen promosi ini juga akan berlangsung di platform e-dagang terkemuka iaitu MYDIN di Shopee bagi memberi kemudahan pelanggan membelibelah secara dalam talian.

Bagi menambah kemeriahan sepanjang kempen ini berlangsung, program televisyen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya juga akan bersiaran di saluran TV3 pada 30 Oktober ini, jam 2.00 sehingga 3.30 petang bagi menawarkan pelbagai jenis barangan untuk direbut dengan harga tidak masuk akal. Rancangan ini bakal menampilkan artisartis tempatan tanah air antaranya Noorkhiriah, Black, Sarah Suhairi, Atu Zero dan Ag Azmeer dengan pelbagai permainan, bantuan amal dn hiburan menarik.

Selain merebut tawaran ‘Shocking Sales’ dengan mengimbas kod QR semasa rancangan, 40 pembeli terbanyak yang bertuah juga berpeluang memenangi bekalan barangan runcit selama tiga bulan bernilai RM900.00 .Selain daripada itu, pelbagai peraduan untuk disertai bagi merebut hadiah bernilai hampir RM100,000.00 sepanjang kempen berlangsung.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, “Ini merupakan medium terbaik bagi menghargai pelanggan setia kami di samping menyumbang kembali kepada masyarakat. Ini merupakan situasi menang-menang untuk usahawan dan perniagaan yang terkesan dengan pandemik ini bangkit di samping menawarkan penjimatan kepada pelanggan, Selain daripada itu, kempen ini juga bakal mengetengahkan barisan jenama produk tempatan bagi menggalakkan pembelian barangan tempatan. Di bawah kempen Beli Barangan Malaysia, MYDIN yang juga merupakan syarikat tempatan turut bekerjasama dengan jenama produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membantu mempromosi dan memperkenal kehebatan dan keunikan produk yang sesuai dengan citarasa Malaysia”.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya, orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia atau kunjungi cawangan MYDIN berdekatan.

#

MENGENAI MYDIN

MYDIN merupakan rangkaian peruncit tempatan yang beroperasi sejak 1957. MYDIN terus menjadi pengerak utama Industri Peruncitan HALAL Malaysia yang membekalkan pelbagai pilihan produk yang pada masa sama berorientasikan polisi harga borong sepanjang tahun. Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN menawarkan harga yang berpatutan tanpa berkompromi aspek kualiti barangan. MYDIN mempunyai 66 cawangan seluruh negara, melibatkan 7 format perniagaan. Cawangan-cawangan ini termasuk 27 Hypermarket, 17 Emporium, 3 Bazar, 7 Supermarket, 7 MyMart, 3 cawangan francais (Mydin Mart) dan 2 SAM’S Groceria.

“MYDIN KETENGAHKAN KEUNIKAN PRODUK TEMPATAN SESUAI DENGAN CITARASA MALAYSIA.”

MYDIN melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia di bawah kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi terus menyokong pemain industri perniagaan tempatan khususnya Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) dan terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Selain menyahut saranan kerajaan bagi merancakkan ekonomi domestik melalui pembelian barangan tempatan. MYDIN selaku empayar tempatan yang menjadi medium pasaran pelbagai variasi produk mengambil tanggungjawab bagi membantu melebarkan sayap dan menyokong perniagaan IKS dan PKS.

Lazimnya sebelum ini, pelbagai aktiviti dan program sepanjang Kempen Beli Barangan Malaysia yang melibatkan usahawan-usahawan IKS dan PKS dianjurkan secara fizikal dan besar-besaran di seluruh cawangan MYDIN seluruh negara, namun keterbatasan yang terpaksa dihadapi demi mematuhi Operasi

Prosedur Standard (SOP) Covid-19 telah memberi nafas baharu bagi menjayakan kempen ini.

impak kejayaan kempen yang lalu menyaksikan penjualan produk-produk tempatan mencatatkan juaian yang memberangsangkan selain produk mereka semakin dikenali. Kembali dengan norma baharu tahun ini, MYDIN dengan kerjasama KPDNHEP sekali lagi mengorak langkah dengan menganjurkan KBBM int serentak dengan Kempen OHMYDIN! Huru-Hara Pasar Raya. Kempen yang berlangsung sehingga 21 Januari 2022 ini melibatkan lebih 40 jenama tempatan yang akan menawarkan promosi hebat dan penjimatan berganda buat orang ramai terutamanya pelanggan setia MYDIN.

Antara jenama yang terlibat adalah Adami, Che Din, Enaq, KakSal, Mu’min, Tisha’s, Thalia dan pelbagaé fagi. Sesuai dengan citarasa masyarakat dengan keunikan dan kehebatannya, produk tempatan ini malah dikatakan setanding dengan produk antarabangsa dan turut telah menembusi pasaran luar. MYDIN turut menyediakan rak khas KS yang membarisi produk-produk mengikut negeri dan kategori yang memudahkan orang ramai mendapatkannya di bawah satu (1) bumbung.

MYDIN optimis dengan usaha yang dijalin bersama terutamanya pihak kerajaan dan sokongan orang ramai, produk tempatan akan terus unggul dan mampu menyaingi jenama-jenama besar yang terdapat di pasaran. Dengan usaha keras dan konsisten ini, mampu memberi impak positif dan sinar kepada semua pengusaha tempatan.

Show Buttons
Hide Buttons