MENU ISTANA DI RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL RAMADAN INI
Kuala Lumpur 21 Februari 2023, – Bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail Tasik Perdana, sebuah Istiadat Beraja berlangsung petang ini dengan ‘Tuanku’ Chef Ismail diarak masuk menggunakan Tandu Di Raja masuk ‘bersemayam’ di Singgahsananya. ‘Baginda’ seterusnya memberi beberapa patah pembuka bicara tanda merasmikan ‘Menu Santapan Di Raja’ sempena Ramadhan Al Mubarak 2023 ini.

Bagaikan berada di ruang balairong seri, kami yang hadir sebagai tetamu dimanjakan dengan halwa telinga hasil nyanyian langsung Orkes Melayu Rojer yang diketuai oleh Rojer Kajul (Bekas Peserta D’Academy Asia 2) mengalun lembut menemani kami menjamu selera menu Santapan Di Raja.
Antara menu yang menarik disediakan oleh Chef Ismail sebagai signature dish nya ialah Ayam Golek Istana berserta masakan-masakan istana yang lain. Selain itu menu istimewa tahun-tahun lepas juga turut disajikan seperti Nasi Kerabu Kelantan, Ayam Percik, Daging Bakar, Ikan Celup Tepung, Solok dan lain-lain yang termasuk di antara 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke Restoran Rebung pada bulan Ramadhan nanti.






































Pakej ini mula ditawarkan bermula pada 23 Mac hingga 29 April 2023 dan Restoran Rebung juga menyediakan makanan berbuka untuk di bawa balik ‘Take A Way’ untuk 5 hingga 10 orang satu set.
Harga Buffet Ramadhan tahun ini ialah:
Dewasa: RM99 Nett dan Kanak-Kanak: RM69 Nett (Berumur 5-12 tahun). Sementara kanak-kanak di bawah 5 tahun diberi masuk secara percuma untuk keselesaan mereka yang mempunyai anak kecil bagi tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan sewajarnya di rumah. – eWana News