MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN RAIKAN KERJASAMA MALAYSIA-CHINA BERNILAI RM1BIL
MEMPERKASAKAN KEDUDUKAN MALAYSIA SEBAGAI PEMBEKAL SEMIKONDUKTOR DI ASIA TENGGARA BERI 500 PELUANG PEKERJAAN
Kuala Lumpur, 8 September 2022 – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, meraikan kerjasama rasmi di antara Pembuat Alat Ganti Besi Berketepatan Tinggi – Metalmach Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan pembuatan dari China, Future Hover Industrial Co. Ltd (Future Hover) untuk melabur RM1 Billion bagi menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk
pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan dunia.



Sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menyelaraskan teknologi dan sumber terbaik di dalam menawarkan solusi sehenti untuk industri ini. Ini akan dicapai dengan menggabungkan pengalaman MMT selama 40 tahun dalam penghasilan mesin berketepatan tinggi, pembuatan acuan dan pembangunan semikonduktor dengan pembekalan bahan bantuan yang berdaya saing oleh Future Hover beserta dengan kepakarannya dalam pengujian dan pembungkusan semikonduktor.
Syarikat tempatan ini dan rakan kongsinya dari China akan melabur RM 1 bilion secara kolektif untuk menjana RM 10 bilion dari hasil jualan eksport di dalam 10 tahun akan datang. Ia dimulakan dengan pembinaan sebuah kilang yang paling lengkap dan canggih di Negeri Sembilan, Malaysia.


Kilang ini akan berperanan sebagai sebuah hub untuk pembekal dalam dan luar negara bagi memperolehi barangan yang lebih berdaya saing di dalam masa yang lebih singkat dan mampu menghasilkan lebih 500 peluang pekerjaan. Dengan ini, kedua-dua pihak berharap untuk membekalkan latihan teknikal dan pemahaman yang lebih mendalam di dalam industri sebagai salah satu usaha untuk menjana populasi pekerja mahir di Negeri Sembilan dan negara kita.
Pengurus Besar Future Hover, Cik Guan Mei Ying berkata, “Malaysia merupakan lokasi yang ideal kepada kami untuk bertapak di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerana kerajaannya yang bersedia untuk
menyokong, tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja yang mahir, lokasi yang strategik, dan infrastruktur yang membangun mampu memberi impak yang besar kepada operasi kami. Kerjasama ini menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan, dan saya menantikan kejayaan yang akan kita capai bersama hasil daripada penggabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari dua negara.”
Melalui kerjasama ini, MMT diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran China dengan menawarkan perkhidmatan yang telah ada kepada pemain-pemain industri serantau dan menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport untuk produk dan perkhidmatan Malaysia.
Pengarah Operasi MMT, En. Low Kim Yoong berkata, “Dengan permintaan yang meningkat dan
pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara, kerjasama ini bukan sahaja
menguatkan posisi kedua-dua pihak dalam rantau ini, tetapi juga meningkatkan posisi Malaysia yang
telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi pilihan utama untuk
penghasilan semikonduktor secara global. Kerjasama ini membolehkan pengurusan yang menyeluruh
termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan kami antara pemain yang terkuat dalam
industri pembekalan semikonduktor.”
“Kami akan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap kos kepada pemain industri di
seluruh dunia sambil menyumbang kepada pembangunan negara, hasil dari kerjasama ini,” tambah
beliau. Akibat dari perintah berkurung di China, Cik Guan Mei Ying tidak dapat hadir bagi menyaksikan sendiri upacara majlis menandatangani rasmi. Oleh itu, Pengarah Perniagaan (Malaysia) Future Hover, En. Alfred Foo, yang telah bertungkus-lumus memastikan perjanjian kerjasama ini berjaya dan berjalan lancar,
dilantik untuk mewakili Cik Guan di acara tersebut.
#
About Metalmach Micro Technology (MMT)
Metalmach Micro Technology Sdn. Bhd. was established in 1979. Our core business is manufacturing
Precision Metal Parts (Tools and Dies, Jigs & Fixtures, Mold Parts, and Carbide Toolings) for our
customers globally with more than 30 years of experience in precision machining and mold and die
fabrication.
About Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover)
Based in Shenzhen, China since 2003, Future Hover is a multi-award winning brand that focuses on the
research and development as well as the production of the key bottleneck materials required for
semiconductor manufacturing, and provide lots of superior alternatives.
– eWana News
– Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia