MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DIANTARA LKE MUSANG QUEEN DAN DURICIOUS KUALA LUMPUR.
26 NOVEMBER 2022 – Satu memorandum persefahaman di antara LKE Musang Queen Sdn. Bhd. (Musang Queen) anak syarikat di bawah LKE Group Sdn. Bhd. bersama Duricious Sdn. Bhd (DKing) hari inl telah menandatangani bagi membentuk kerjasama yang strategik dalam industri perniagaan durian. Kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam membangunkan industri durian Malaysia.

Majlis menandatangani perjanjian ini dihadiri oleh En. Jeremy Chin, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan untuk LKE Musang Queen Sdn. Bhd. serta En. Simon Chin dan En. Leron Yee yang merupakan Pengasas Duricious Sdn Bhd.

Musang Queen merupakan Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah yang pertama di Malaysia. Rakan kongsi yang terlibat di dalam program ini mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan pasaran, teknologi penanaman berisiko rendah dan pengeluaran hasil berkualiti tinggi yang menjadikannya sumber pendapatan yang lumayan untuk para individu yang terlibat dan sekaligus mempertingkatkan status ekonomi negara.

Menurut En Jeremy Chin, yang mewakili Musang Queen, Durian tergolong dalam buah-buahan tropika unik yang semakin dikenali ramai dalam pasaran antarabangsa dari aspek penggunaan dan pertumbuhan ekonomi. Program Legasi Perkongsian Ladang Durian Patuh Syariah kami merupakan salah satu opsyen sumber pendapatan lumayan untuk individu. Dengan gabungan kekuatan Musang Queen dan DKing sebagai pembekal durian, kami percaya kami mampu memecahkan rantaian pengehadan pasaran durian yang dilabelkan kepada Malaysia.
Kerjasama ini merangkumi pembangunan jenama bagi kedua-dua belah pihak serta pembangunan dan penambahbaikan pengurusan pemasaran, pengedaran dan bekalan untuk memenuhi kehendak pasaran. Mereka juga akan berkongsi maklumat. teknologi dan sumber dalam memperbaiki mutu dan penghasilan durian.
Bagi pihak DKing pula, En Leron Yee, beliau berkata pasaran bekalan durian adalah perniagaan strategik yang boleh diterokai bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Di bawah kerjasama yang dimeterai dengan Musang Queen, kami akan berkongsi ilmu untuk pengeluaran hasil yang berkualiti untuk tujuan mengeksport Kerjasama ini juga bertujuan bagi membina kesedaran tentang kehadiran kedua-dua jenama dan memanfaatkan permintaan utama bagi durian di seluruh dunia.
Musang Queen dan DKing adalah rneletakkan matlamat besar mereka dalam membangunkan kawasan Manchis yang terletak di Bentong, Pahang sebagai kawasan yang mampu manjadi tarikan dalam sektor agro-perniagaan, agro-pelancongan dan pembangunan sumber tanah.
Objekif utama Musang Queen adalah unluk memastikan budaya dan warisan tempatan tetap terjaga dalam setiap usaha pembangunan yang dijalankan melalui program kerjasama yang telus, rendah risiko dan Patuh syariah.
Dengan termeterai perjanjian kerjasama ini, Musang Queen dan DKing mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat. mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu serta membangunkan nama Malaysia sebagai pembekal utama durian pada peringkat entarabangsa.
Sebarang maklumat lanlut berkaitan Musang Queen, DKing dan kerjasama ini boleh didapati dengan melayari www.linktree/lkergroup atau https://dking.com.my/our-story
PerihaI LKE Group Sdn Bhd
LKE Group Sdn Bhd merupakan pembangun pertanian yang bereputasi tinggi yang mengkhusus rnemberi khusus kepada promosl pertanian, meningkatkan ekonomi tempatan. dan memelihara kewarisannya. Segrnen Operasi teras kami terdiri daripada LKE Musang Queen, LKE Hydroponic Farm dan LKE Bio Ginger Farm.
PerihaI Duricious Sdn Bhd
Duricious Sdn Bhd berusaha untuk menggalakkan seluruh dunia menggemari durian serta meletakkan narna Malaysia dalam radar nagara-negara dunia dengan memaafaatkan permintaan ulama bagi barangan durian secara global. Berbekalkan rancangan dan usaha yang telah ditetapkan, DKing kini maju selangkah lagi untuk rnenjadi jenama durian yang terkenal di peringkat dunia manjelang 2029. – eWana News