LUAHAN HATI PENGANJUR KONSERT UK’S REUNION 25 TAHUN

Spread the love

Assalamualaikum. Terima kasih semua tak terhingga kepada Dato Sri Rozaimi dan semua department yang terlibat dalam Konsert U.K’s Reunion anjuran MAC Training Centre Sdn Bhd yang pertama bersama RCD Concepts Sdn Bhd yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis.

Puan Samirah Hambali – Pengarah Urusan Mac Training Centre dan juga Penganjur Konsert

Saya lambat menulis ucapan sbb masih terharu dgn kerjasama dan komitment yang diberikan oleh semua pihak dan sebak kerana mengenangkan bagaimana susahnya saya untuk meyakinkan penaja untuk menaja konsert.

Walaupun tanpa penajaan dari segi kewangan, alhamdulillah dapat sedikit bantuan Geran Sepadan Motac dan bantuan teknikal team daripada Dato Mi, Creative Team, Production Team, SM Team, Gallery Team, Sales, Marketing and Promotions Team yang all out berkerja and last but not least Saari Amri dan kumpulan UK’s yg bekerja keras practise dari bulan Disember untuk buktikan kepada orang ramai yang mereka masih berbisa. Maka akhirnya berjaya juga konsert ini dilaksanakan dengan jayanya.

Puan Samirah Hambali (Paling Kiri)

Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai producer secepat mungkin. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian yang bekerja dari hati yang ikhlas. Maafkan saya sekiranya ada kata-kata atau teguran saya yg mungkin mengguriskan hati you all. Terima kasih kembali.🙂✌❤ – Puan Samirah Hambali – Pengarah Urusan MAC Training Centre Sdn. Bhd.

– eWana News

– Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia

Show Buttons
Hide Buttons