LKE GROUP BUKA PELUANG PELABURAN, LANCAR NENASX
Perasmian LKE Industri DURIAN NEGARA Program LEGASI DURIAN Yang Patuhi Syariah – NANASX Dengan Kerjasama TARUC
KUALA LUMPUR, 14 Mei 2022 – Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA), YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan telah merasmikan Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama LKE Musang Queen yang dinamakan Phase 5: NanasX. Sempena program ini, LKE Group Sdn. Bhd (LKE) bekerjasama dengan Kolej; Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC).

Demi menjalankan kajian terhadap kaedah yang paling efektif untuk membesarkan dan menjaga pokok durian secara saintifik sebagai usaha untuk meningkatkan industri dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi ideal untuk pengeksportan durian secara global.

Dengan peningkatan permintaan untuk durian premium, LKE Musang Queen membolehkan para rakan kongsi mengakses pasaran melalui tanah pegangan bebas seluas 200 ekar mereka. Projek ini mempu-nyai 20 fasa, dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium.
Ini hanya dibolehkan kepada bakal rakan kongsi setelah pokok di dalam kawasan terbabit mencapai usia 1 tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya. Ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko yang diambil para rakan kongsi.


“Kami sentiasa mencari cara untuk menambah baik masa depan kami, kerana semua projek kami memberikan tumpuan terhadap kelestarian dan inovasi. Satu (1) lagi aspek yang memberi manfaat kepada rakan kongsi projek LKE Musang Queen adalah LKE Legacy Plan. Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas, rakan kongsi dibolehkan untuk mewaris pegangan mereka kepada ahli keluarga yang lain untuk meraih pulangan yang lumayan pada masa akan datang,” tambah beliau.


Dengan ini, Malaysia mampu untuk memenuhi permintaan durian untuk pasaran global secara efektif, di mana ianya dijangka mencecah USD30 billion menjelang 2025.

YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian berkata, “Saya yakin dan percaya bahawa adaptasi teknologi pertanian moden di sepanjang rantaian nilai dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran buah durian tempatan untuk pasaran global.Pendekatan yang dilaksanakan oleh LKE bertepatan dengan sinergi pintar bagi memacu pembangunan ekosistem pertanian lestari melalui kerjasama erat antara jabatan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta yang dapat memaksimumkan nilai kemampanan ekonomi sektor agromakanan negara.”
Home LKE Group Sdn Bhd Perasmian LKE Industri DURIAN NEGARA Program LEGASI DURIAN Yang Patuhi Syariah – NANASX Dengan Kerjasama TARUC
#LKEGroup #IndustiDurianNegara #Perasmian #Legasi #PatuhSyariah #NanasX #Bentong
- Untuk berita-berita lain, sila layari https://news.ewana.asia