Lagu SIKASIH peninggalan Abam

Spread the love

Lagunya simple, liriknya pun simple. Dicipta oleh Zimi dan liriknya ditulis oleh Rongak dan dirakamkan pada Disember 2018 dan dimuatnaik ke Youtube pada 22 February 2019. Setakat ini telah pun mendapat tontonan sebanyak 3,379,591.

Seperti semuanya secara kebetulan kan?. Tetapi itulah perancangan Allah yang Maha Tahu kerana pada tahun seterusnya, iaitu tahun ini dan bulan ini pada 10 February 2020 Abam telah pergi meninggalkan kita.

Liriknya sangat memberi kesan dengan nyanyian Abam yang begitu baik dan penuh perasaan. Ketika mendengar lagu ini, apa yang terlintas diterlinga saya adalah nyanyian itu menggambarkan perasaan saya terhadap Abam, ada cemburu dalam diri saya melalui ‘Namun takkan mungkin menjadi seperti dirimu’ dan ‘tak pernah lupa apa yang kau kata, kubawa bersama semat di jiwa’

Pada dasarnya si Penulis liriknya mungkin bercerita tentang kehebatan Rasulullah, namun seperti ditujukan kepada si Pemyanyinya sendiri setelah kematiannya.

Setiap bait-baitnya pasti tidak tercapai dek akal, mungkin tidak salah sekiranya saya katakan bahawa ianya seperti mesej dari Sang Pencipta kepada kita untuk kita renungi diri kita, di satu sudut lain ialah kisah Abam yang terbongkar membuat kita semua sangat rindukan dia. Allah… tidak tau bagaimana nak kita gambarkan perasaan kita saat ini tatkala mengetahui kebaikan Abam semasa hayatnya.

Bagi saya lagu ini sangat layak dinyanyikan oleh beliau, seperti lagu ini dicipta setelah kematian beliau, seperti ianya benar-benar terjadi!.

Ini lirik penuh lagu ini:

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala di miliki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mula kan berakhir

Kerap kali aku memerhati
Tiap kisah hidup mu oh kekasih
Naamun tak kan mungkin
Ku menjadi seperti diri mu

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Ku bawa bersama semat di jiwa

Namun tak kan mungkin
Ku menjadi seperti diri mu
Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia

Tak pernah lupa apa yang kau kata
Ku bawa bersama semat di jiwa
Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia

Tak pernah lupanapa yang kau kata
Ku bawa bersama semat di jiwa…

#KitaBaikRamaiSayang
#AbamBocey
#eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons