KUALA LUMPUR AKAN BERKUMANDANG MUZIK JAZZ

Spread the love

22 November 2022 Unit Pelancongan Kuala Lumpur Jabatan Kebudayaan. Kesenian. Pelancongan dan Sukan. jabatan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia ielah mengambil inisiatif bagi menganjurkan Festival KL River Jazz 2022 yang akan berlangsung dilokasi Guiding GaIIery, River of Life (ROL) pada tarikh 26 don 27 November 2022 bermula Jam 3 pelang sehinggo 12 malam.

Festival ini bakal menampilkan artis-artis dan penggiat-penggiat Jazz terkenal tempatan dan juga dari luar Negara, yang pastinya akan menjadi sebuah acara yang hebat dan mempunyai prestijnya yang tersendiri.

Menurut Mohamed Fauzi bin Hj. Ahmad. Ketua Unit Kebudayaan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (DBKL), objektif utama penganjuran festival ini adalah sebagai salah satu inisiatif unluk membantu menghidupkan dan merancakkan semula sektor industri pelancongan di Kuala Lumpur selelah industri pelanconagn teruk terjejas akibal pendemik Covid-19 Justeru itu DBKL memilih Guiding Gallery, River of Life (ROL), Jalan Leboh Pasar Besar berhampiran Jalan Mahkomah Persekutuan sebagai lokasi festival yang juga merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancongan di Kuala Lumpur. Para penonton bakal menikmali persembahan berlatar belakangkan pemandangan indah titik pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak yang merupakan lokasi ikonik Kuala Lumpur.

Untuk makluman, projek ROL ini yang telah dibangunkan pada 2018 telah diiktiraf sebagai salah satu daripada “World’s Ten Best Waterfront District” oleh media antarabangsa The independent UK.

Objektif kedua penganjuran festival ini adalah untuk mengaktifkan semula aktiviti- akliviti persembahan yang melibalkan artis dalam nuansa Jazz tempatan dan dalam masa yang sama turut mempromosikan muzik genre Jazz sebagai hiburan baru yang unik kepada warga Kuala Lumpur khususnya para pelancong. – eWana News

Show Buttons
Hide Buttons