Konsert APOLOGIA Search & Awie

Spread the love

Dato’ Awie bukanlah penyanyi yang asing bagi kumpulan gergasi negara Search, malah Dato’ Awie pernah bersama dengan search pada 1998 dalam projek ‘Bikin Wilayah’ di saat-saat search kehilangan penyanyinya. Amy yang pada ketika itu berundur untuk membuat album solonya, manakala Awie berundur dari Wings untuk membuat album solonya juga.

Gabungan Awie, Allahyarham Yazit (dram), Din (gitar), Kid (gitar utama) Fauzi (bass) pernah mendapat anugerah Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Search bakal mengadakan Konsert di Kuala Lumpur 28 Mac ini

Kini setelah 22 tahun Awie kembali lagi dalam ‘special project’ untuk konsert Apologia di The Bee, Publika, Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 28 Mac 2020 jam 9 malam.

Search dengan line up terbaru iaitu Nasir (bass), Kid (gitar) Din (gitar) dan drummer yang semakin meningkat nama iaitu Pae. Mereka menjanjikan satu persembahan istimewa dan menggegarkan.

Search yang begitu rindukan untuk bertemu peminat melalui konsert solo kini akan berganding dengan Dato’ Awie yang menggantikan Amy yang tidak dapat memberi komitment untuk bersama Search atas alasan perniagaan dan persembahan solonya. Nasir ketika ditanya mengenai kelibat Amy yang tidak kelihatan agak serba salah dan kecewa namun tetap professional menjawab walaupun adakalanya terlihat mereka gugup untuk menyembunyikan kekesalan, “Kami doakan semoga beliau maju jaya dalam usahanya”. Menurut beliau Amy tidak dapat memberi jawapan secara pasti malah ‘pengurusan’ beliau menjawab bagi pihak bahawa Amy mungkin tidak dapat bersama Search untuk persembahan kali ini.

Tiket konsert kini dijual kepada orang ramai anjuran Imaginex berharga RM299 (VIP) dan RM199 (Rock Zone). Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai T-Shirt, CD dan Poster dan CD serta Poster untuk pembelian tiket Rock Zone.

Maklumat tiket sila layari www.ilassotickets.com Telefon hotline 03-2170 6333

Show Buttons
Hide Buttons