KL TOWER MENAWARKAN BUFFET RAMADHAN “SAJIAN NOSTALGIA KAMPUNGKU”
Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ yang akan bermula pada 4hb hingga 24hb April 2022, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.

Konsep ‘Sajian Nostalgia Kampungku’ dipilih pada tahun ini kerana bersesuaian dengan juadah yang disediakan kepada para tetamu iaitu sajian daripada pelbagai negeri di Malaysia.
Antara menu istimewa yang disediakan adalah Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan dan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan, selain ianya dapat mengimbau semula nostalgia masakan kampung halaman para pengunjung yang datang.




















Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam. Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.




Bagi Bufet Ramadan tahun ini, kami menawarkan harga istimewa ‘EARLY BIRD’ bermula hari ini sehingga 25hb Mac 2022 dan dengan harga seperti berikut :-