KL TOWER kembali meriah 1 Oktober ini

Spread the love

Bersempena ulang tahun KL Tower yang ke-25 pada 1hb Oktober 2021.
Sebagai salah sebuah mercu tanda penting dan simbol yang memartabatkan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan utama dunia, Menara Kuala Lumpur telah menawarkan
pelbagai pengalaman yang menarik dan telah memberikan memori indah kepada para
pengunjung seluruh dunia sepanjang 25 tahun ini.

Justeru itu, bersempena dengan sambutan istimewa Jubli Perak Menara Kuala Lumpur pada
tahun ini, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan selama 3 bulan bermula pada Oktober
hingga Disember 2021.

Program dan aktiviti yang akan diadakan adalah berbentuk virtual dan fizikal seperti;
Anniversary Giveaway, Tower Lighting, Online Games, Anniversary Greeting, Throwback
Challenge, TikTok Challenge, Anniversary Postage Stamp, Virtual Treasure Hunt, Limited
Edition Snapback Cap, KL Tower Replica Miniature Competition, KL Tower Kids – Colouring
Contest dan KL Tower Kids – Count If You Can Contest.

Selain itu Menara Kuala Lumpur akan mengeluarkan sebuah lagu yang dicipta khas oleh The
Sky Band iaitu Pemuzik dari Menara Kuala Lumpur bersempena dengan sambutan Jubli
Perak ini.

Puan Ainol Shaharina Binti Sahar, Ketua Pegawai
Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

“Sambutan ulang tahun ini juga diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih
kami kepada para pengunjung yang telah menyokong Menara Kuala Lumpur sejak
tahun 1996. Ada pengunjung yang pernah datang ke Menara Kuala Lumpur pada 25
tahun lepas bersama lawatan sekolah, dan datang semula pada tahun ini membawa
anak-anak mereka untuk berjalan-jalan dan mengimbau semula kenangan manis
mereka semasa kecil disini”, kata Puan Ainol Shaharina Binti Sahar, Ketua Pegawai
Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

“Ditambah pula dengan berita baik iaitu pengumuman pembukaan sektor pelancongan
secara berperingkat yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Menara Kuala Lumpur juga akan kembali beroperasi pada 1hb Oktober 2021.
Berita baik ini merupakan ‘hadiah ulang tahun’ yang cukup bermakna bagi kami
semua”, tambah beliau lagi.

Seluruh rakyat Malaysia yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19
(para pengunjung mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua) dijemput
untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur yang sedikit sebanyak akan dapat membantu
merancakkan semula industri pelancongan domestik sekaligus mengalakkan rakyat Malaysia
untuk melancong di dalam negara.

Menara Kuala Lumpur sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19, antaranya seperti
penjarakkan fizikal, penyediaan hand sanitiser, merekod suhu badan pengunjung, kesan
kontak (contact tracing), mewajibkan amalan memakai pelitup muka dan lain-lain lagi.
Sanitasi penuh juga akan dibuat bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan
premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan setiap 45 minit setiap hari.
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Menara Kuala Lumpur di Facebook
@officialmenarakl atau Instagram @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur!

– eWana News

Show Buttons
Hide Buttons