KISAH TERORIS DALAM SAYAP SAYAP PATAH
Review – Gala Nite Screening Preview & Sidang Media Filem Sayap Sayap Patah (2022) Pelakon Utama Nicholas Saputra | Ariel Tatum – GSC MidValley Mall 6/10/2022




Filem dari Adaptasi Kisah Benar Mengenai Kekecohan di penjara Jakarta!
Filem lakonan Nicholas Saputra dan Ariel Tatum yang ini ditayangkan sejak 18 Ogos 2022 yang lalu di Indonesia. Agak mengejutkan, sepanjang ditayangkan, lebih 2 juta penonton di republik itu dengan kutipan tiket sekitar RM40 juta.

Kepada yang belum berkesempatan menonton, filem Sayap-Sayap Patah digarap daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.
Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran
hebat tercetus dan seramai 5 anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.
Nicholas melakonkan watak Adji salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani (Ariel Tatum). Turut membintangi filem ini adalah rapper terkenal Indonesia Iwa K serta dibantu dengan cemerlang oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi. – eWana News
– Credit penulisan: M3gatR3view
#FilemSayapSayapPatah#FilemKisahBenarPolisIndonesia#NicholasSaputra#ArielTatum#GSCMidValley#MidvalleyMall