Jenazah Abam Bocey selamat dikebumikan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak di sini, hari ini. 

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu kira-kira 7.30 petang selepas selesai dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Gombak Utara, Gombak. 

Ribuan keluarga, teman rapat, rakan seni juga turut kelihatan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan sebagai penghormatan terakhir. 

Syed Umar, 32, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sg Salak, Batu 10, Jalan Gombak, pagi tadi selepas dikatakan mengalami demam panas selama dua hari. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Siti Norhidayah Mohd Ali dan seorang anak  lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lima bulan.

Selain Syed Umar, dua lagi ahli kumpulan Bocey ialah Muhammad Fadzlie Nizam (Fad Bocey) dan Mohd Nasir bin Hamzah (Achey Bocey).

Antara filem lakonannya ialah ‘Isteri Untuk Dijual’ serta ‘Suatu Malam Kubur Berasap 2’, dan beliau juga pernah berlakon dalam drama serta telefilem tempatan sejak 2014.   

— BERNAMA

Show Buttons
Hide Buttons