Istana Budaya bergegar dengan gelak ketawa gara-gara Korupsi Dewan Semandung

Spread the love

Semalam (27 February 2020) telah berlangsung tayangan Media Preview teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater ini bakal berlangsung bermula dari 28 February – 1 Mac 2020.

Teater yang banyak mengundang gelak ketawa ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat yang rata-rata adalah nama besar dalam bidang lawak di Malaysia seperti Joey Daud, Man Raja Lawak, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero. Teater terbitan OVN ini merupakan projek ulung syarikat Ogy Ahmad Daud di Istana Budaya menampilkan Khair Rahman sebagai pengarah dan ternyata formula ini berjaya memukau para pengamal media di malam tayangannya malam tadi, buktinya kami tidak kering gusi melihat babak demi babak yang dipersembahkan.

Lakonan mereka sangat bersahaja dengan mesej yang jelas, ianya penuh pesanan positif serta sindiran masyarakat berbilang bangsa ala-ala filem arahan Mamat Khalid, setiap watak yang berlakon mempunya pengukuhan karekter tersendiri dan ianya sangat jelas dan tampak hidup.

Dr. Maza turut membintangi Korupsi Dewan Semandung

Dengan penampilan khas Dr. Maza sebagai penceramah bebas yang datang ke kampung Semandung menyelitkan nasihat yang baik khususnya terfokus kepada kebiasaan masyarakat yang sentiasa meletakkan ketakutan di depan sehingga mengaburi hakikat sebenar. Kerana takutkan hantu semuanya jadi hantu!

Teater yang dijadualkan sebanyak 10 babak ini bagaimana pun dibuka kepada orang ramai untuk memberi masukan dan bakal dilakonkan mengikut keadaan, demikian kata Pengarahnya Khair Rahman. ‘Kami terbuka kepada orang ramai untuk memberi masukan dan kami akan pertimbangkan untuk menambah skrip asalkan mengukuhkan jalan cerita’.

Ketika ditanya tentang kaitan skrip dengan sinikal politik berbau sindiran, Khair menjawab terus terang memang ianya dikaitkan dengan isu semasa tetapi tidak begitu serius sehingga membuatkan seseorang individu merasa diserang.

Sementara itu, Man Rajalawak yang menggantikan tempat Allahyarham Abam dilihat begitu hidup dan wataknya juga dipandang penting, kerana lagaknya yang bodoh-bodoh alang sangat hidup dan mengundang ketawa penonton apabila beliau ‘bercinta’ dengan Vicha watak yang dilakonkan oleh Vicha Rajalawak.

Orang ramai masih boleh membeli tiket dan datang menonton bersama keluarga kerana ianya sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

Harga tiket boleh didapati pada RM58, RM78, RM88, RM118, RM148, RM178, RM208 dan RM258 menerusi AirAsia Red Tix.

Video rakaman media preview bakal menyusul nanti….

Show Buttons
Hide Buttons