IRAMA lancar tabung. Buat LIVE di eWanaTV setiap hari

Spread the love

Kuala Lumpur 31 March 2020, IRAMA sekali lagi tampil membela artis-artis kali ini dengan melancarkan program LIVE SETIAP HARI di Facebook Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia.

Baru sebentar tadi artis pertama yang ditayangkan ialah Anak Seni Warisan yang menyampaikan beberapa buah lagu dan mengambil masa kurang lebih setengah jam. Walaupun persembahan Anak Seni Warisan ini adalah berlaku pada tahun lepas, tapi pihak teknikal eWanaTV Wanano berkata bahawa tayangannya dibuat secara langsung (LIVE) ke server Facebook dan boleh ditonton ulang.

Wanano: Pengarah Urusan eWanaTV

Tambah Wanano, sekiranya ada artis yang mau buat live show dari rumah, eWanaTV tiada masalah untuk memancarkannya secara langsung 100% bukan recorded show.

“Teknologi streaming sudah makin canggih dan pihak eWanaTV yang mula bersiaran di server sendiri pada penghujung 1998 tidak lagi bermasalah pada server yang sebelum ini memakan kira-kira RM30,000 sebulan. Kini semuanya sudah murah” – Wanano

Ayob Abd Majid: Presiden IRAMA

Sementara itu, Ayob Abd. Majid pula selaku Presiden IRAMA berkata, program seumpama ini bakal diadakan sehingga 14 April ini diharap dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi membantu sesama artis yang sangat-sangat memerlukan. ‘Ramai artis tidak mempunyai nasib yang sama dan masih ramai yang kais pagi makan pagi..” Kata Ayob.

Menurutnya, sehingga kini ada juga artis terkenal yang sangat dhaif dan tidak meminta-minta, bahkan ada yang mengalami kemalangan ketika di dapur. Beliau selaku presiden Konsortium Industri Muzik Malaysia berasa bersalah jika tidak berbuat apa-apa sehinggalah idea ini dibincangkan dengan pihak Muzika Malaysia dan eWanaTV dengan kerjasama Loonaq Records.

Rancangan ini insha Allah bakal bersiaran langsung dengan memaparkan selang seli program keagamaan dan program hiburan hasil dari kerjasama artis-artis dengan semangat ‘ARTIS MEMBANTU ARTIS’. Saksikan setiap hari bermula jam 2 petang.

Orang ramai yang ingin turut serta membantu insan-insan seni bolehlah memberi sumbangan melalui akaun KONGRES MUZIKA MALAYSIA di nombor akaun CIMB 8010 37 9060.

– eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons