HUAWEI LANCAR PROMOSI “BACK TO SCHOOL” SEMPENA PERMULAAN SEMESTER BAHARU 2023

Spread the love

Huawei Malaysia menawarkan diskaun hingga RM1,000 dan hadiah percuma bernilai hingga RM1,298 untuk komputer riba dan tablet terpilih mulai sekarang hingga 31 Mac 2023

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2023 – Huawei hari ini mengumumkan promosi “Back to School” sempena persiapan persekolahan untuk permulaan semester yang baharu pada pertengahan Mac nanti. Promosi “Back to School” kini berlangsung mulai sekarang hingga 31 Mac 2023 di Huawei Experience Store (HES) dan Laman Web Rasmi Huawei dengan tawaran dan promosi bernilai terbaik khususnya untuk kategori komputer riba dan tablet.

Pelangaan akan dapat menikmati diskaun hingga RM1,000 untuk PC dan Tablet Huawei terpilih dan berpeluang menerima hadiah percuma bernilai hingga RM1,298 sepanjang tempoh kempen. Tawaran yang tersedia termasuk:

ProdukRRPHarga Selepas DiskaunHadiah Percuma
HUAWEI MatePad 11 2021RM1,999 / RM 2,399RM 1,799 / RM 2,199HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, M-Pencil dan Pakej Hadiah Health and Fitness bernilai RM1,097
HUAWEI MatePad Pro 11-inch 2022RM 2,999 / RM 3,699 HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, M-Pencil dan Pakej Hadiah Health and Fitness bernilai RM1,397
HUAWEI MatePad 10.4-inch 2022 LTERM 1,599RM 1,499HUAWEI Keyboard dan Pakej Hadiah Health and Fitness bernilai RM498
HUAWEI MatePad 10.4-inch 2022 WiFiRM 1,299RM 1,199HUAWEI Keyboard dan Pakej Hadiah Health and Fitness bernilai RM498
HUAWEI MatePad Pro 12.6-inch Refresh 2022RM 4,299 HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, M-Pencil dan Pakej Hadiah Health and Fitness bernilai RM1297
MateBook D15 11th i3/8/256RM 2,299RM 2,199Pakej Hadiah Smart Office bernilai RM99
MateBook D15 11.5th i5/8/512RM 2,799RM 2,499WiFi AX3 dan Pakej Hadiah Smart Office bernilai RM298
MateBook D16 12th i5/16/512RM 3,999 WiFi AX3 dan Pakej Hadiah Smart Office bernilai  RM298
MateBook X Pro 2022RM 9,999RM 8,999WiFi AX3 dan Pakej Hadiah Smart Office bernilai RM298

 *Tertakluk pada Terma & Syarat

Pelan telco eksklusif untuk peranti pintar HUAWEI Mate 50 Pro Edisi Kaca Kunlun

Selain itu, Huawei telah melancarkan pelan langganan baharu mereka dengan kerjasama syarikat telco termasuk Maxis, Digi dan Celcom. Pelanggan boleh membeli Mate50 Pro Edisi Kaca Kunlun dalam Carbon Black Kulit Vegan atau Silver pada harga serendah RM73 sebulan bermula hari ini hingga 28 Februari 2023.

Maksimumkan pengalaman mudah alih anda dengan HUAWEI Service Carnival

Bermula hari ini hingga 31 Mac 2023, Huawei sedang melangsungkan Service Carnival mereka di mana pelanggan boleh menikmati diskaun hingga 40% untuk HUAWEI Care, diskaun hingga 20% untuk alat ganti yang digunakan untuk pembaikan peranti Huawei di luar jaminan, melanjutkan tempoh hayat bateri peranti dengan menggantikan bateri pada harga serendah RM99* dan diskaun hingga 50% untuk penggantian kaca skrin. Layari Laman Web Rasmi Huawei untuk mengetahui lebih lanjut tentang Service Carnival HUAWEI.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi atau kemas kini terbaharu HUAWEI, sila layari Laman Web Rasmi Huawei, Halaman Facebook Rasmi Huawei, Halaman Instagram Rasmi Huawei atau Halaman Twitter Rasmi Huawei. – eWana News

Show Buttons
Hide Buttons