HUAWEI BAKAL MELANCARKAN FREEBUDS 5i
Huawei Malaysia mengumumkan pelancaran FreeBuds 5i pada 25 Januari berikutan kejayaan pendahulunya, FreeBuds 4i
KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2023 – Wahai warga Malaysia, anda kini boleh mendengar muzik kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana sahaja! Huawei Malaysia mengalu-alukan ketibaan Tahun Arnab dengan memperkenalkan fon telinga True Wireless Stereo (TWS) dengan penyaring hingar aktif (ANC), HUAWEI FreeBuds 5i, yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Hasil kemajuan dalam bidang teknologi nirwayar bersertakan sambutan menggalakkan bagi produk pendahulunya, FreeBuds 4i, Huawei Malaysia kini berjaya menjadikan FreeBuds 5i lebih mampu milik berbanding jenama lain yang tersedia di pasaran, tanpa menjejaskan prestasi.

Dengan matlamat untuk menjadi salah satu fon telinga TWS yang paling mudah diakses, bergaya dan berciri penuh pada harga mampu milik, HUAWEI FreeBuds 5i yang akan dilancarkan pada 25 Januari 2023 menjanjikan kualiti audio yang luar biasa dalam reka bentuk yang bergaya. Ia bukan sahaja menampilkan kualiti audio yang terbaik malah ia turut dianugerahkan pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res) yang mengesahkan tindak balas frekuensi yang lebih luas dan kebolehan bunyi resolusi tinggi yang tidak hilang untuk sumber audio HD[1]. FreeBuds 5i turut menyertakan ANC dwi mikrofon, mod EQ, hayat bateri sehingga 28 jam (dengan kes pengecasan)[2], pengecasan pantas untuk memainkan lagu sehingga 4 jam dengan pengecasan selama 15 minit[3], serta Sokongan Dwi Peranti untuk penukaran yang lancar antara peranti dan sistem operasi yang berbeza.
Untuk meraikan pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi, HUAWEI mengadakan peraduan dalam talian “Guess & Win” bermula 24 Januari di mana HUAWEI akan menghadiahkan tiga unit FreeBuds 5i secara percuma kepada tiga pemenang bertuah melalui Laman Web Rasmi HUAWEI, Lazada dan Shopee[4]. Para peserta hanya perlu teka harga HUAWEI FreeBuds 5i dan berpeluang untuk membawa pulang fon telinga serba baharu. Langkah-langkah untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:
- Langkah 1 : Log masuk ke Laman Web Rasmi Huawei atau Stor Rasmi Huawei di Lazada Huawei Flagship Store atau Shopee Huawei Official Store
- Langkah 2 : Teka harga peranti dan letakkan jawapan di ruang kotak perbualan di saluran yang berkenaan.
- Langkah 3 : Satu pemenang bertuah akan dipilih dari setiap saluran dan nama pemenang akan diumumkan pada 30 Januari 2023.
Tips untuk anda: FreeBuds 5i yang hadir dengan ciri-ciri inovatif dikatakan akan tersedia pada nilai serendah RM450 ke bawah.
Jangan terlepas pelancaran HUAWEI FreeBuds 5i pada 25 Januari 2023. Ketahui lebih lanjut melalui Laman Web Rasmi Huawei, Facebook or Instagram. – eWana News
[1] Protokol penghantaran LDAC™ perlu didayakan pada peranti playback yang disambungkan ke HUAWEI FreeBuds 5i. Mendayakan LDAC™ boleh meningkatkan kualiti audio, tetapi juga boleh menjejaskan hayat bateri dan menyebabkan hasil bunyi tidak lancar, bergantung pada persekitaran penggunaan.
[2] Data hayat bateri diperoleh daripada hasil ujian makmal Huawei. Fon telinga boleh menyokong hayat bateri selama 28 jam pada tahap kelantangan sederhana apabila memainkan audio dalam format AAC tanpa mendayakan ANC. Hayat bateri sebenar akan berbeza-beza bergantung pada tahap kelantangan, sumber audio, gangguan persekitaran, ciri yang didayakan, dan tabiat penggunaan.
[3] Data pengecasan pantas diperoleh daripada hasil ujian makmal Huawei. Pengecasan pantas hanya akan berkuat kuasa apabila paras bateri fon telinga rendah. Fon telinga mempunyai hayat bateri selama 4 jam pada tahap kelantangan sederhana apabila memainkan audio dalam format AAC tanpa mendayakan ANC, selepas dicas selama 15 minit dengan sarung pengecas dengan tahap bateri melebihi 80% atau dengan kabel. Hayat bateri yang sebenar akan berbeza-beza bergantung pada tahap kelantangan, sumber audio, gangguan persekitaran, ciri yang didayakan, dan tabiat penggunaan. –
[4] Tertakluk pada Terma & Syarat.