Host Carta Nusantara Melafaz Syahadah

Spread the love
Video penuh proses syahadah Emjay

Sabtu lepas tanggal 13 March 2021, seluruh warga eWanaTV mengucapkan kesyukuran yang tertinggi kepada Yang Maha Esa apabila telah menganugerahkan hidayah kepada salah seorang host di eWanaTV untuk mengucapkan syahadah.

Melangkah penuh yakin
Bersama Norish Hassan

Seminggu sebelum peristiwa bersejarah ini Emjay atau nama sebenarnya Majieh Josure Mukut yang berasal dari Sabah telah pun menyampaikan hasratnya kepada sahabat-sahabatnya di eWanaTV.

Beliau bagaimana pun telah merialisasikan impian yang terpendam lama ini di depan salah seorang Imam di Masjid Al Azim Pandan Indah.

Peristiwa ini di saksikan oleh Pengarah Urusan eWanaTV, Wan Salam dan Komposer Amy G.

Satu jamuan kecil-kecilan telah diadakan di studio eWanaTV di Kuala Lumpur bagi meraikan kehadiran ‘adik baru’ mereka dengan masakan pulut kuning yang disediakan oleh Host Inspirasi Norish iaitu Norish Hassan.

Seluruh warga eWanaTV mengucapkan ‘Alhamdulillah dan Selamat Bergabung kita semua menuju jalan Allah’….

Admin

Show Buttons
Hide Buttons