Hilanglah Sebutir Permata

Spread the love

Dialah insan yang sering membuat kita ketawa, dia juga penghibur dan seorang yang berbakat besar dalam bidang lakonan. Mungkin kehadiran beliau tidak begitu lama di persada seni tanahair, namun siapa tidak kenal Kumpulan Bocey yang terdiri daripada Acey, Bocey dan Fad.

Namun ketentuan ilahi mengatasi segalanya apabila Bocey atau lebih mesra dipanggil Abam pergi kira-kira jam 7 lebih pagi ini apabila mengalami demam panas selama 2 hari.

Kami dikhabarkan dengan berita sedih ini dari video Acey yang pagi-pagi lagi sampai ke rumah beliau di Gombak apabila diberitahu oleh isteri beliau Nur Hidayah

Jenazah Allahyarham di solatkan di Masjid Gombak Utara pada petang ini. – eWanaTV

Show Buttons
Hide Buttons