GOH V SHEM ke Denmark Open dalam keadaan gembira

Spread the love

Pemain Badminton negara Goh V Shem tersenyum lebar apabila dilantik sebagai Duta produk Kek Vanilla Mille Crepe baru-baru ini. Menurut Nelson Liew yang juga CEO dan Pengasas syarikat tersebut kami berbangga bahawa kami memilih Goh V Shem sebagai wajah jenama kami kerana reputasi beliau di dalam mempromosikan gaya hidup sihat di media sosial dan juga di dalam gelanggang, bahkan dikenali di seluruh Asia Tenggara melalui pencapaian cemerlang di dalam sukan badminton, Goh V Shem merupakan personaliti yang sesuai untuk kami berkembang ke negara jiran pada tahun 2022. Dengan itu, saya mengalu-alukan Ernest Yap dan Goh V Shem ke dalam keluarga Vanilla Mille Crepe

Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, KSU –  KPDNHEP itu turut berkata dalam bahawa Kek dinikmati dalam pelbagai sambutan, dan di Malaysia, kita amat bertuah untuk menyambut pelbagai perayaan. Dengan siri kek terbaharu dari Vanilla Mille Crepe, para pengguna mempunyai pilihan yang lebih sihat, berkhasiat dan lazat.

Walaupun tahun 2021 ini begitu mencabar, ianya amat menggembirakan untuk melihat syarikat-syarikat seperti Vanilla Mille Crepe yang berkembang dan memperluaskan perniagaan mereka. Pada masa yang sama meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan peluang pekerjaan pada masa yang mencabar ini, tambah beliau.

Bagi Goh V Shem pula tiada yang boleh diperkatakan melainkan beliau bersyukur dan bergembira dengan pengambilan beliau sebagai Duta produk ini.

Majlis yang dilangsungkan sederhana ini turut menyaksikan ucapan Suhardi Alias, Timbalan Ketua Pengarah MSN ini mengalu-alukan pembabitan syarikat-syarikat korporat dalam mengambil peranan menyokong usaha anak bangsa yang terlibat dalam sukan dan mengharumkan nama negara sepertimana dilakukan oleh Vanilla Mille Crepe.

Antara hidangan pelbagai jenis kek yang menyelerakan di Vanilla Mille Crepe adalah:

  • eWana News
Show Buttons
Hide Buttons