GAS MALAYSIA DAN GRADS SUMBANG KELENGKAPAN SEKOLAH

Spread the love

Rawang Selangor 4 April 2023 – GAS Malaysia Bhd telah menyumbangkan pakaian seragam sekolah, kasut dan tudung kepada 327 pelajar SMK Bandar Sungai Buaya di Rawang, Selangor, melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Back To School”.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia Ahmad Hashimi Abdul Manap (tiga dari kiri) berkata syarikat itu berharap sumbangan itu dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga pelajar yang mengalami peningkatan kos sara hidup.

“Sumbangan bantuan persekolahan kepada pelajar kurang berkemampuan adalah komitmen kami terhadap pembangunan pendidikan,” katanya semasa penyerahan barangan itu hari ini.

Selain pakaian sekolah, kumpulan itu turut menyumbangkan 10 komputer meja terpakai yang telah dibaik pulih kepada pihak sekolah.

Antara murid-murid Sek. Men. Sg. Buaya mendapat penajaan dari Gas Malaysia dan Grads

“Sebagai syarikat tersenarai awam, Gas Malaysia menggariskan tiga teras utama dalam menjalankan perniagaan kami iaitu ekonomi, alam sekitar dan sosial.

“Ini adalah tanggungjawab kami dan CSR adalah elemen penting bagi syarikat untuk mengukuhkan hubungan kami dengan masyarakat sekitar,” kata Ahmad Hashimi.

Tambahnya, inisiatif ini telah bermula sejak lama dahulu dan sejak lima tahun lepas, Gas Malaysia telah menyasarkan sekolah di kawasan yang meliputi talian gasnya.

SMK Bandar Sungai Buaya merupakan sekolah pertama dalam program mereka pada tahun ini.

Gas Malaysia, ahli Kumpulan MMC, ialah sebuah syarikat tersenarai awam yang ditubuhkan pada 1992. Ia menyambut ulang tahun ke-30nya tahun lepas.

Turut serta menjayakan program ini ialah syarikat pakaian dan kelengkapan sekolah berjenama GRADS, menurut Pengarah Urusannya Diann Darlina, syarikat mereka yang mengeluarkan kelengkapan sekolah terutama yang berkaitan pakaian, bag, kasut dan sebagainya, mereka tidak keberatan untuk menjalankan kegiatan CSR dan terlibat dalam mana-mana program bersama syarikat korporat yang lain.

Tulang belakang program Back To School En. Kamarul (Gas Malaysia) dan Puan Diann Dalina (Grads)

“Grads banyak mengeluarkan pakaian yang berkualiti yang boleh menyaingi kualiti ternama yang lain dengan harga yang mampu milik dengan penampilan semasa bagi memastikan murid-murid tidak berasa kekok untuk menggayakannya ke sekolah”. Katanya. – eWana News

Show Buttons
Hide Buttons