DBKL Ubat Lara Otai Rock dengan Konsert Rockestra Nostalgia

Spread the love

Apa lagi yang lebih menarik buat mengubati lara hati para artis dan seniman setelah mengharungi ‘cuti’ panjang sempena Covid-19 selama hampir 2 tahun lebih, melainkan sebuah berita gembira dari DBKL tentang perkhabaran sebuah persembahan secara LIVE Otai-otai Rock yang bakal memecah kesunyian Panggung Anniversari yang telah dilanda sunyi sekian lama

Encik Noor Azman Bin Mahlin (Timb. Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan)

Konsert yang bernama Rockestra Nostalgia ini bakal menampilkan lagenda rock tanah air antaranya Rahim Maarof, Man Bai, Ruhil Amani, Asheed (Def Gab C), Rahmad (Mega) dan Ito (Blues Gang). Mereka semua bakal dihebatkan lagi dengan keindahan alunan Okestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Penonton bakal disajikan dengan rangkaian lagu-lagu hits mereka yang penuh dengan nostalgia di sebuah pentas yang juga boleh dianggap lagenda kerana telah melahirkan ramai artis-artis hebat tanah air kita.

Program yang bakal berlangsung pada 30 Oktober (Sabtu) jam 9.00 malam ini bakal menyaksikan Taman Botani Perdana, Tasik Perdana Kuala Lumpur bakal dibanjiri warga Kuala Lumpur seperti tahun-tahun dulu dan eWanaTV mendoakan agar program ini bukan saja mengubat lara para Otai Artis Tanah Air, tapi juga menceriakan kesugulan warga kota sekian lama terkurung dan terima kasih sekali lagi dan tahniah kepada DBKL atas penganjuran ini.

  • eWana News
Show Buttons
Hide Buttons