COVID-19 DAN TABLIGH : Menjawab beberapa PERSOALAN

Spread the love

Tanpa diduga, nama Masjid Sri Petaling dan Ijtima Tabligh menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Ada segelintir yang menyalahkan pihak Sri Petaling (SP) dan Jemaah Tabligh apabila muncul 40 kes Covid-19, didapati dari mereka yang mempunyai sejarah menghadiri Ijtima tersebut.

DAH TAHU ADA WABAK, KENAPA ADAKAN HIMPUNAN MELEBIHI 10k ORANG

Sebelum ini, memang setiap tahun di Malaysia jemaah tabligh membuat himpunan yang melibatkan kehadiran beribu malah berpuluh ribu orang. Tidak ada isu pun. Malah setiap kali Ijtima’, pihak penganjur akan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk tempatan, polis, bomba dan sebagainya. Malah ramai pemimpin negara termasuk sultan sendiri pernah menghadiri Ijtima Jemaah Tabligh. Pernah dahulu di Masjid Daerah Sri Iskandar, Perak, diadakan Ijtima tabligh dan dihadiri sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Menteri Besar Perak masa itu Dato Zamry dan Mufti Perak Dato Harussani. Jelasnya, Ijtima’ dengan kehadiran berpuluh ribu dan jemaah tabligh ini perkara yang biasa.

Kenapa tak dibatalkan dah tahu ada isu Covid-19?
Ijtima diadakan pada 28/2 hingga 2/3 2020. Masa itu, isu Covid-19 belum masuk ke gelombang kedua. Keadaan masih terkawal. WHO juga belum istiharkan pandemik. Kerana itu, dalam masa yang sama di Johor ada perlawanan Bolasepak Piala Sumbangsih Johor vs Kedah, difahamkan kehadiran lebih 20k penonton. Kenapa perlawanan ini tidak dibatalkan? Kerana kes covid-19 masih berlum merebak sepenuhnya.
Dalam tarikh yang sama juga, di Sheraton Hotel ada pemimpin² negara sedang berkumpul dinamakan ‘Langkah Sherathon’. Walau kehadiran tidak mencecah ribuan, tetapi difahamkan hingga ratusan dan melibatkan pemimpin² negara. Mengapa mereka berani berkumpul? Kejadian ini berlaku semuanya sama dengan tarikh berlangsungnya Ijtima. Kenapa mereka berani berkumpul, kerana kes covid-19 belum betul² meletus tanpa kawalan.

Semasa Ijtima ini juga, bilik perubatan dan para doktor disediakan dan ditempatkan di bilik khas, sekiranya ada yang sakit boleh mendapat rawatan. Sememamgnya langkah keselamatan dan kesihatan diambil berat dalam mana² Ijtima’ tabligh.

Bila dah ada kes, apa tindakan SP dan Jemaah Tabligh?
Kes mula meletus pada petang rabu 11/03/2020 apabila satu kes +ve Covid-19 dikesan di Brunei. Ini merupakan kes pertama di Brunei. Apabila dilihat sejarah perjalanan, pesakit pernah menghadiri Ijtima’ di Sri Petaling. Malam itu juga, telah mula meletup dalam semua group² Whatsapp dan masuk berita. Keesokan harinya, tersebar beberapa kes di Sabah dan Pahang pula. Mereka juga didapati hadir Ijtima Sri Petaling. Singapura pula buat pengumuman, beberapa kes di Singapura melibatkan kehadiran di SP.

Adakah pihak SP dan Syura Jemaah Tabligh berdiam diri dan hanya berserah pada qada’ dan qadar sahaja?
Ada yang mengatakan jemaah tabligh tak bertindak pantas. Anda pasti?
Untuk menjawab persoalan ini, tuan-tuan kena tahu bagaimana sistem informasi dan arahan yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh ini.

Di Malaysia, Masjid Sri Petaling merupakan markas utama. Di sini, ada beberapa orang Syura Malaysia yang akan membuat keputusan. Bawah markas utama SP ini, ada markas² negeri. Ada 24 markas negeri semunya (beberapa negeri besar mempunyai 2 atau 3 markas). Markas² negeri ini dipanggil tempat Sabguzari, juga mempunyai Orang Tanggungjawab atau Syura Negeri. Contoh seperti di Perak, markas Ipoh untuk kawasan Perak Selatan dan markas Taiping untuk kawasan Perak Utara.
Di bawah markas negeri (tempat sabguzari) pula, ada beberapa halqah (kampung, taman dan sebagainya). Contoh bagi markas Ipoh ada 44 buah halqah. Di dalam halqah itu pula ada antara 15-25 buah masjid. Dan semua ‘orang tabligh’ usaha hidupkan amal masjid² tersebut untuk dibangunkan menjadi seperti Masjid Nabawi di zaman nabi.

Baik, kita sambung isu Covid-19 tadi. Apabila Masjid Sri Petaling dan Ijtima tersebut dikatakan sebagai kluster penyebaran Covid-19, pihak Syura Malaysia di Sri Petaling telah mengarahkan semua markas² negeri (24 markas ini) untuk dapatkan maklumat kehadiran ke Ijtima dan berapa orang yang telah membuat Ujian Saringan Covid-19. Arahan ini, turun ke markas, dari markas turun ke halqah, dari halqah turun ke masjid-masjid. Memang pantas. Dalam masa beberapa jam sahaja, maklumat tersebar.
Kerana itu, pada Khamis dan Jumaat (12 dan 13 mac) kita lihat diseluruh Malaysia gang² berjanggut ini hadir untuk disaring. Saya sendiri pada pagi Khamis (12/3/2020) hadir utk disaring. Kebanyakan mereka telah diberi cuti dan kuarantin sendiri hingga 14 hari dari hari balik Ijtima tersebut. Hingga hari ini, usaha masih berterusan untuk menjejaki saki baki yang belum membuat saringan.

Ada isu orang tabligh lari semasa saringan dibuat hingga terpaksa lapor polis?
Tuan² perlu faham, jemaah ini terlalu ramai, dengan latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Ada golongan professional, ada ulama, ada kakitangan awam, ada peniaga, ada petani, pekebun, peladang, penganggur. Malah ada bekas gangster, bekas maknyah, artis dan sebagainya. Jadi dalam kelompok yang pelbagai itu, jika ada satu atau dua kes yang lari dari saringan, sedang beribu yang lain elok serah diri untuk disaring. Kenapa kerana seorang dua, hendak disalahkan satu jemaah.

Betul ke semua dah pergi buat saringan? Kenapa Dr Zulkifli, menteri agama terpaksa merayu, pihak KKM dan berbagai pihak juga membuat rayuan seolah orang tabligh ni engkar dan degil. Tidak mendengar kata dan ikut kepala sendiri?
Tuan² kena faham, masjid Sri Petaling adalah masjid awam. Sesiapa sahaja boleh datang, masuk untuk solat dan duduk dalam setiap program yang diadakan. Ijtima juga dibuat di dewan solat yang terbuka. Kita tidak buat program ‘for members only’. Jemaah Tabligh tidak pernah membuat program secara tertutup dan tidak pernah melarang orang awam untuk hadir.
Semasa Ijtima’ tersebut, mereka yang hadir melalui halqah dan markas negeri akan lapor diri pada pihak istiqbal. Nama, dari markas mana dan halqah mana akan dicatat. Ini yang hadir ikut saluran betul dan terdaftar. Mereka ini senang untuk dijejaki.
Tetapi kerana masjid awam, semua boleh hadir, beribu² yang hadir tu sebenarnya tanpa kita ketahui dari mana datangnya. Bukan semua yang hadir itu pernah ikut keluar dakwah walau 3 hari pun. Ada yang datang hanya untuk lihat suasana kerana mereka memang suka dengan suasana agama dan percakapan iman dan amal. Bukannya pernah ikut keluar pun.

Kenapa tak halang? Hanya yang betul² daftar sahaja boleh masuk?
Sekali lagi diberitahu, ini masjid awam. Orang datang untuk solat dan duduk mendengar perkara baik, takkan kita nak halang. Andai buat begitu, timbul isu baru pula, orang tabligh buat program secara tertutup, untuk ahli mereka sahaja. Halang orang awam untuk mendengar. Ini boleh mendatangkan syak.

Kerana itu, apabila pihak KKM memaklumkan kehadiran 5k, kemudian 10k dan terkini dikatakan kehadiran Ijtima 16k, memang sesuatu yang agak sukar untuk SP menjejakinya 100%. Hanya yang betul² berdaftar dengan istiqbal sahaja dapat dikesan.

Berapa ramai sebenar ahli tabligh di seluruh Malaysia?
Jemaah tabligh ni bukannya satu pertubuhan, persatuan atau NGO. Jemaah tabligh adalah satu gerakan untuk menghidupkan dakwah cara nabi ke seluruh alam. Mengembalikan umat ini kepada kehidupan sunnah dan sirah.

Tidak ada nama pun jemaah ini. Orang sahaja yang memanggil ‘jemaah tabligh’. Tidak ada borang keahlian dan tidak ada yuran tahunan. Seperti jemaah masjid yang bersolat zohor, kita tak ada pun borang dan nama ini jemaah solat zohor. Sesiapa sahaja mempunya kalimah syahadah layak untuk ikut keluar 3 hari.
Markas SP, markas negeri, halqah, syura dan sebagainya itu hanya untuk menyusun kerja supaya semua jemaah yang keluar mengikut tertib yang betul.

Akhir kata, bukan masa untuk kita menyalahkan sesiapa. Orang Brunei kes pertama dikesan tu pun tak nak perkara ini berlaku. Pihak SP dan Syura pun tidak mahu ini berlaku. Semua kita tidak inginkan perkara ini berlaku.

Namun, perkara telah pun berlaku, inilah masanya semua kita bermunajat pada Allah swt agar wabak ini dapat dibasmi dengan segera.

Hairere Shuaib
14/03/2020

Show Buttons
Hide Buttons