Covid-19: Artis tersohor deklamasi sajak buat Polis

Spread the love

Kuala Lumpur, 29 March 2020 Sajak nukilan Timbalan Ketua Polis Terengganu YDH SAC DATO ROHAIMI MD ISA telah di perdengarkan oleh – Dato’ Awie, Dato Hattan, Dato Nash, Zul Yahya, Aida C. Daud, Thalia Mentor, Siso Kopratasa dan Ezad Lazim.

Mereka yang membacakan sajak sebagai tribute kepada anggota Polis di seluruh negara dari rumah masing-masing menggunakan saluran Whatsapp untuk berkomunikasi apabila Hj. Mubarak sebagai Koordinator dengan pegawai polis serta Ayob Majid bertindak sebagai Koordinator menghubungi rakan-rakan artis seterusnya merakamkan bacaan masing-masing hanya menggunakan handphone dan earphone sahaja.

Ayob Majid yang bertindak mewakili Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) seterusnya menghubungi pihak eWana Creative Studio yang akhirnya menghasilkan sebuah video yang siap dengan alunan muzik instrumental sesuai dengan sajak yang dibacakan.

Kerja-kerja rakaman dan editing video ini hanya memakan masa selama dua hari bermula semalam dan siap sepenuhnya pada jam 5 petang tadi. Video ini akhirnya dihantar semula kepada PDRM untuk tujuan disiarkan dan ianya boleh diikuti melalui Facebook PDRM dan juga page rasmi eWanaTV (eWanaTV Network). Selain itu ianya juga boleh ditonton terus melalui youtube eWana.TV

Klik play di bawah untuk menonton. Jangan lupa subscribe dan share ya..

Show Buttons
Hide Buttons