‘CIKGU VS HANTU’ PAPAR MISTERI SIRI KEMATIAN Dl SEKOLAH

Spread the love

FILEM KOMEDISERAM PERTAMA ARAHAN LIYANA JASMAY

Kuala Lumpur, 5 September 2022 – Filem komedi seram terbaru ‘CIKGU VS HANTU’ menjadi taruhan pertama oleh pengarah, pelakon, penyanyi berbakat besar serta pemenang Pelakon Wanita Terbaik melalui Festival Filem Malaysia ke-22. Liyana Jasmay dalam genre komedl seram.

ini sekali gus memperlihatkan keupayaan Liyana tampil dalam sisl berbeza dalam pengarahan kerana terdahulu beliau lebih fokus dalam mengangkat genre romantik komedi atau kisah remaja. Menariknya, fllem ini bukan sekadar mengetengahkan elemen komedi dan seram, tetapl jalan cerltanya turut mengajak penonton mengimbau kenangan-kenangan di sekolah, lebih-lebih lagi kisah-klsah misteri.

Antara daya tarikan utarna filem terbitan Mermaid Studios ini adalah barisan pelakon yang membintanginya. la menyaksikan buat lulung kali pelakon hebat Malaysia Dato’ Afdlin Shauki digandingkan bersama Khir Rahman dalam sebuah filem. Kehandalan mereka dalam mempersembahkan adegan komedi tidak dapat dinafikan dan kemunculan mereka di dalam fllem Cikgu VS Hantu memang mampu membuat penonton ketawa tidak kering gusi.

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim, Shuk Sahar, Fathil Dani. Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani dan penampilan istimewa Syafiq Kyle.

Menurut Penerbit Eksekutif Cikgu VS Hantu dan Wakil Mermaid Studios, Adriana Jasmay berkata, “Pihak kami rasa teruja untuk mempersembahkan filem Cikgu V5 Hantu kepada masyarakat di luar sana. Tambahan pula ini adalah kali pertama kami tampilkan genre komedi seram dan tidak dinafikan ada cabaran dalam menyempurnakan naskhah ini.

Antaranya, sesi penggambaran dijalankon ketika fasa pandemik, jadi banyak Iimitasi dan garis panduan yang periu dipatuhi; kemudian cabarannya adalah penggambaran ketika waktu malam jadi suasana seram memang terasa. di samping tekanan untuk menghasilkan filem seram komedi memandangkan ini adalah pengalaman kami yang pertama. Namun pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon serta kru telah pun berikan yang terbaik dan kami harap penonton terhibur dan ‘enjoy’ menonton Cikgu VS Hantu seperti mana kami teruja menghasjlkan filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak FINAS dan Astro kerana memberi kepercayaan kepada produksi kami menerusi dana Program TV/OTT untuk menghasjlkan filem ini.”

Manakala Pengarah Cikgu VS Hantu, Liyana Jasmay turut berkongsi rasa gembira filem arahan pertamanya untuk OTT bakal menemui penonton kelak.

“Kali ini saya ingin pertaruhkan kelainan dalam bakat pengarahan dengan memberi sentuhan berbeza dalam genre komedi seram. Bekerjasama sekali Iagi dengan Dato’ Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim serta pelakon lain pastinya memberi pengalaman menarik. Setelah menghasilkan filem ini, ia menyuntik semangat saya untuk menyahut Iebih banyak cabaran dalam menghasilkan variasi filem. Dalam pada itu, istimewanya filem ini adalah jalan ceritanya dekat dengan penonton iaitu ‘sekolah’. Malah, naskhah ini turut mengangkat golongan guru yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan menonjolkan sikap bersaing secara sihat.”

Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang persaingan di antara Cikgu Daud dan Cikgu Samad dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan lsmail. Kematian Cikgu Syima dan lsmail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka.

Saksikan filem komedi seram Cikgu VS Hantu yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astra First bermula 8 September 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. DenKan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang fllem Inl menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook. Twitter Astro First, Astra Shaw dan Astra Gempak. – eWana News

– Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia.

Show Buttons
Hide Buttons