Channel Dwan Inzaghi atas nama Aidinzaghi

Spread the love

Tidak salah sekiranya kami menghargai seseorang yang banyak berjasa kepada masyarakat dengan memaparkan usaha beliau diperingkat awal sebagai sokongan padu kepada usahanya.

Dalam industri hiburan tanahair siapa yang tidak mengenali ‘Dwan Inzaghi’ atau nama penuhnya Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my) yang rata-rata penggiat seni akan dekat dengan beliau kerana sikapnya yang cakna.

Sebut sahaja artis yang meninggal atau bernasib malang di sekitar Kuala Lumpur, pasti akan dikunjungi ‘Wartawan Kubur’ bahkan beliau sering menganjurkan derma kilat dan sebagainya demi membantu golongan yang memerlukan. Malah baru-baru ini beliau tanpa banyak bicara telah mengumpul sejadah dan mengagih-agihkan kepada surau-surau di stesen minyak di sekitar Kuala Lumpur.

Terbaru, beliau baru sahaja melancarkan ‘channel Youtube’ sendiri dan bertekad untuk membuat ‘laporan tambahannya’ selain kerja hakikinya. Tugas tambahan ini kami puji kerana akan bertambah juga ruangan kepada artis-artis tempatan mendapat liputan dan diharapkan usaha beliau ini berjaya dan maju insha Allah.

Orang ramai yang ingin menonton channel ini bolehlah mengikuti perkembangan dari masa ke semasa melalui laman Facebook https://www.facebook.com/aidinzaghi/

– eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons