Cabaran KL Tower International Towerthon kini datang lagi!

Spread the love

Dengan tema ‘CHALLENGE YOUR LIMIT’, KL Tower seperti tahun-tahun sebelumnya bakal mengadakan cabaran ketahanan mental dan juga fizikal dengan penganjuran untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini.

Menara Kuala Lumpur yang merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan ketujuh tertinggi di Dunia ini bakal mengadakan acara tahunan ini pada Ahad, 5 April 2020.

Sedikit kelainan yang kami tampilkan pada tahun ini iaitu logo baru dan acara ini akan bermula di ‘Tower Terrece’ yang merupakan kawasan padang hijau yang menjadi tumpuan terbaru bagi pengunjung di Menara Kuala Lumpur. Para peserta akan dilepaskan seorang demi seorang, mendaki anak tangga sehingga sampai ke Dewan Benkuet Megaview, TH03 yang terletak 288 meter dari aras bumi

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur YBhg Datuk Rozlan Mohamed.

Pada tahun ini para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM44,600. Peserta warganegara Malaysia yang mencatatkan Rekod Masa terbaik bagi individu lelaki dan wanita juga akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM2000.00 setiap seorang. Mereka juga berpeluang untuk bertanding di luar negara bagi acara ‘World Tower Running Championship 2021’ dan semua kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur

Acara ini juga disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Tourism Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jasmine, Notthingheels, Restoran Berputar Atmostphere 360, Forca Energy Drink, Pacific Regency Hotel Suites, JomRun, Tiger Balm, Beaute’Library, Banana Boat, N8 Sport Nutrition, Garmin, Matador (Funsportz), Actimol, MOMA Water, Fitbar, Woods, Sunway Pals Loyalty Sdn Bhd dan Hammer.

Maklumat lanjut sila klik di sini atau hubungi 03-2020 1926

Show Buttons
Hide Buttons